Sanggupkah Ismail Sabri Menggadaikah Maruah Bangsa Dengan Mengiktiraf UEC?

Portal samudera.my bongkarkan, antara kandungan perjanjian yang telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dan ketua-ketua parti pembangkang dalam ‘Confident & Supply Agreement’ (CSA) untuk memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri ialah kerajaan pimpinan beliau akan mengiktiraf Unified Examination Certificate atau UEC.

Baca di sini:


Kalau benar seperti apa yang dilaporkan itu, ini bermakna Ismail Sabri sudah melakukan satu pengkhianatan terbesar kepada sistem pendidikan negara.


Malah, di era Pakatan Harapan, ketika ada usaha digerakkan oleh Kementerian Pendidikan ketika itu untuk mengiktiraf UEC, Ismail Sabri adalahbantara pemimpin yang cukup lantang menentangnya.

Baca di sini:


Apakah kini, hanya kerana mahu menjamin kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri sudah berubah fikiran dan lebih serius dari itu, menggadai maruah bangsa dan parti?

Apa itu UEC dan mengapa ianya tidak boleh diiktiraf dan siapa di belakang usaha mengiktiraf UEC?

UEC ialah sistem pendidikan yang diajar kepada pelajar sekolah vernakular swasta.

Sukatan matapelajaran yang diajar tidak mengikuti sukatan matapelajaran Kementerian Pendidikan dan mereka menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.

Tidak ada keperluan untuk lulus Bahasa Melayu bagi pelajar yang mahu memiliki sijil UEC, manakala matapelajaran Sejarah pula, sejarah negara China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura ditekankan dan sejarah Malaysia hanya diajar alah kadar.


Dalam artikata lain, pembelajaran di bawah sistem UEC berada di luar sistem pendidikan negara.

Sistem pendidikan UEC dirangka oleh sebuah pertubuhan yang bernama Dong Zong.

Para lulusan UEC tidak layak dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA dan juga tidak akan diterima sebagai penjawat awam.


Untuk rekod, Dong Zong pernah dipelawa supaya untuk menyertai sistem pendidikan kebangsaan sebanyak 3 kali ketika dibentangkan Penyata Razak pada tahun 1957, Laporan Rahman Talib pada tahun 1961 dan Laporan Kabinet 1979.

Ketika itu Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Rahman Talib dan Dr Mahathir merupakan Menteri Pelajaran.

Tujuan kerajaan mahu menyerapkan sistem pendidikan vernakular swasta ke dalam sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Namun, Dong Zong telah menolak tawaran itu.

Baca di sini:


Persoalannya, Dong Zong hanyalah sebuah pertubuhan tetapi mengapa mereka begitu berani membantah sebuah kerajaan yang berdaulat?

Dong Zong sebenarnya didokong oleh DAP dan hubungan antara Dong Zong dan DAP adalah hubungan 'win-win'.

DAP menggunakan Dong Zong untuk dapatkan 'political mileage' di kalangan bangsa Cina dan Dong Zong menggunakan DAP sebagai sokongan kepada pengiktirafan UEC.

Baca di sini:




Bantahan terhadap pengiktirafan UEC ini tidak terbatas kepada golongan marhaen sahaja, malah ianya juga datang dari ahli akademik dan pakar perundangan.

Baca di sini:



Malah Prof Dato' Dr Teo Kok Seong serta mendiang Prof Datuk Khoo Kay Kim, secara konsisten telah menentang pengiktirafan UEC.

Kini, segala-galanya terpulang kepada Ismail Sabri.

Kalau benar apa yang dilaporkan, apakah Ismail Sabri sanggup menggadaikan maruah parti, maruah bangsa dan maruah sistem pendidikan negara hanya semata-mata untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri yang paling lama akan bertahan sehingga akhir penggal ke 14 Parlimen.

Tepuk dada, tanya selera, namun jangan lupa, 36 juta rakyat Malaysia sedang memerhati!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal