PM - Kerajaan Komited Dalam Usaha Pindaan RUU 355


Untuk meminda Akta Rang Undang Undang 355, bukanlah sesuatu yang mudah dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti di Malaysia.

Dalam memperkasakan Undang Undang Syariah yang terdapat dalam RUU 355, memerlukan perancangan yang cukup teliti dan persiapan yang cukup rapi dalam segenap aspek.

Ianya penting bagi mengelakkan salah faham oleh masyarakat yang bukan beragama Islam serta diambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan politik dengan menjadikannya sebagai satu polemik politik.

Apa itu RUU 355?

RUU 355 ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 adalah suatu Akta untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa kepada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum Syarak.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, di dalam Parlimen, Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 sedang didraf oleh kerajaan.

Selepas siap didraf, RUU tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil.

Sepanjang 2020 dan 2021, kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355.

Ia bagi melihat pelbagai aspek khususnya perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah," katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia.

Beliau menjawab secara bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sesi penerangan kepada NGO bukan Islam juga mesti dilakukan untuk menerangkan kepada mereka, RUU 355 hanya berkuatkuasa kepada masyarakat Islam dan ianya tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Selepas mendapat perkenan dari Majlis Raja Raja Melayu supaya pindaan RUU itu dibentang dan dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai Raja, sekali lagi RUU itu mesti dipersembahkan untuk mendapatkan perkenan dari istana setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

Ini adalah kerana, Raja Raja Melayu adalah Ketua Ugama Islam bagi negeri yang berada di bawah pemerintahan baginda dan bidang kuasa syariah adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

Selepas segala proses itu selesai, baharulah RUU tersebut boleh dibentangkan di dalam Parlimen untuk dibahaskan bagi tujuan penyelarasan RUU 355 ke seluruh negara.

Prosesnya agak panjang, tetapi kalau diusahakan dengan ikhlas, In Sya Allah, akan menjadi kenyataan.

Kepada sahabat-sahabat yang berada di dalam PAS, sedarlah, pindaan RUU 355 bukanlah hanya sekadar mengumpulkan pulohan ribu orang di Padang Merbok.

Tidak cukup hanya dengan berucap dengan semangat yang berkobar-kobar tetapi tidak mempunyai apa-apa impak kepada perlaksanaan RUU 355.

Malah ianya akan memburukkan keadaan kerana boleh menyebabkan salah faham dan ketakutan kepada masyarakat bukan Islam mengenai pindaan RUU 355.

Walaubagaimanapun, tahniah diberikan kepada pemimpin PAS yang telah menggerakkan usaha ke arah itu, dan semuga ianya menjadi kenyataan sedikit masa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal