Pindaan Rang Undang Undang Untuk Perkasakan Undang Undang Syariah, Apakah PAS Hanya Berdrama?


Usaha PAS untuk meminda beberapa undang-undang yang berkaitan dengan ugama Islam dengan tujuan untuk memperkasakan Undang Undang Syariah Islam di peringkat persekutuan, adalah satu usaha yang patut diberi pujian.

Baca di sini:


Sudah pasti selepas pemimpin PAS, Senator Idris Ahmad dan Ahmad Marzuk Shaary, dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), tuntutan untuk memperkasakan undang undang syariah semakin dirasakan oleh PAS.

Kerana itulah yang mereka perjuangkan selama ini dalam usaha pindaan Rang Undang Undang 355.

Namun, untuk meminda Rang Undang Undang yang sudah dilukluskan oleh Parlimen dan mendapat perkenan SPB YDP Agong, bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak boleh dibuat secara semborono.

Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan dengan menjelaskan:

"Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam."

Baca di sini:


Kalau merujuk kepada Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan, jelas menyebut bahawa SPB YDP Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja.

Memang benar, Parlimen mempunyai kuasa untuk membnuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam, tetapi, terlebih dahulu mestilah menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Persoalannya, apakah PAS sudah menubuhkan majlis untuk menasihati YDP Agong bagi tujuan pindaan perlembagaan tersebut?

Makcik Kiah tidak mendapat apa-apa info mengenai sama ada Menteri Agama atau Timbalan Menteri Agama sudah mendapat perkenan dari SPB YDP Agong.

Perkara kedua yang perlu diteliti ialah apakah penguatkuasaan ini akan melibatkan negeri-negeri lain yang tidak mempunyai raja?

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, awal-awal sudah menolak perlaksanaan penggubalan Rang Undang Undang itu!!!

Baca di sini:


Macam mana duduk serumah tapi boleh berselisih pendapat?

Dalam memberikan respon, Menteri Agama Islam, Idris Ahmad, membuat kenyataan bahawa ia hanya di peringkat cadangan dan perlu dibentangkan dalam kabinet dahulu, pulak dah...

Lagi Makcik Kiah tak boleh nak 'brain', bila Idris Ahmad buat kenyataan bahawa pindaan Rang Undang Undang ini hanya untuk Wilayah Persekutuan sahaja!!!

Baca di sini:


Awal-awal lagi dah buat lawak Menteri Agama kita nie, kalau dah untuk Wilayah Persekutuan sahaja, tak payahlah hendak pinda perlembagaan bagai, gunakan peruntukan undang-undang sedia ada dan perkemaskan penguatkuasaan.

Satu yang Makcik Kiah nak ingatkan pada Menteri dan Timbalan Menteri Agama dari PAS, ini bukan perkara main-main.

Dengan kenyataan penguatkuasaan hanya di peringkat Wilayah Persekutuan, ini boleh dianggap sebagai menafikan kedudukan SPB YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya seperti yang tercatit dalam Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan.

Apa Menteri dan Timbalan Menteri Agama ini hendak wujudkan krisis dengan istana lagikah?

Seperti yang Makcik Kiah katakan, kita menyokong penuh usaha memperkasakan undang-undang syariah dalam Malaysia, tetapi biarlah dibuat secara berpelembagaan.

Janganlah hanya kerana hendak dapatkan 'political mileage', terus buat pengumuman, akhirnya sendiri yang malu.

Kalau hendak popular pun, carilah cara yang lebih bermaruah, rakyat dengan negara tengah susah, tapi pemimpin tak habis-habis hendak berpolitik, sedihlah bro...

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal