Parti Makkal Sakti Malaysia Akan Gantikan MIC Sebagai Parti Komponen BN


Kini, parti MIC yang bernaung di bawah Barisan Nasional harus lebih berhati-hati di dalam membuat keputusan dan kenyataan, sekiranya masih lagi mahu bernaung di bawah Barisan Nasional.

Kalau dahulu, Barisan Nasional, terutamanya UMNO, terpaksa menelan semua kritikan-kritikan pedas yang kadangkalanya mengguris perasaan pemimpin dan akar umbi UMNO, kerana memikirkan Barisan Nasional masih memerlukan MIC untuk menarik sokongan pengundi India.



Dalam ucapan sempena sambutan ulangtahun Parti Makkal Sakti Malaysia, di Dewan Dato' Onn, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R S Thanenthiran, dilihatkan seakan mengingatkan MIC bahawa Barisan Nasional tidak boleh dikuasai oleh mana-mana parti politik individu.

Baca di sini:


Kenyataan itu disambut pula oleh seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dengan menhingatkan MIC bahawa mereka mesti menerima hakikat bahawa mereka bukanlah satu-satunya parti kaum India di Malaysia.

Baca di sini:


Pengumuman dari Pengerusi Barisan Nasional yang juga merupakan Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi, Parti Makkal Sakti Malaysia akan diberikan peluang untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum ke 15 nanti, dilihat sebagai amaran awal UMNO kepada MIC supaya jangan terlalu besar kepala dengan merasakan hanya MIC satu-satunya parti India.

Baca di sini:


Kini terpulang kepada MIC, kalau masih lagi mahu bersama dengan Barisan Nasional, MIC perlulah menghormati semangat setiakawan Barisan Nasional yang telah terjalin sejak sekian lama.

Kalau tidak suka, bolehlah tinggalkan Barisan Nasional sebelum menjadi melukut tepi gantang di dalam Barisan Nasional kerana Parti Makkal Sakti Malaysia sudah menyatakan kesediaan mereka untuk menggantikan MIC sebagai parti komponen Barisan Nasional.

Baca di sini:

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal