Jerat Mahiadin Kepada Ismail Sabri Sudah Mengena?


Sekarang ini sedang panas dengan isu keputusan Kerajaan Ismail Sabri telah meluluskan jumlah cabutan khas judi Empat Nombor Ekor dinaikkan daripada 8 cabutan kepada 22 cabutan setahun.

Tengah viral beberapa kenyataan dari pemimpin PAS yang menentang keputusan itu.

Baca di sini:

https://utaradaily.com/nik-abduh-akui-ph-lebih-kedepan-dan-sensitif-dalam-isu-judi/

Tak kurang juga dengan kenyataan merapu dari Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin.

Baca di sini:

https://www.inforakyat.net/isu-judi-kami-pernah-hantar-bantahan-januari-lepas-kata-pemuda-pas/

Keputusan menaikkan jumlah cabutan dibuat bulan September 2021, tapi budak nie bercerita tentang bantahan yang dihantar pada bulan Januari 2021, nasib baik dia tak cerita apa bantahan PAS buat masa zaman Tun Razak...🤣🤣🤣


Tak kurang juga dengan keluhan dan kemarahan ahli PAS di peringkat akar umbi.

Bila Makcik Kiah teliti balik isu ini, Makcik Kiah rasakan seperti ada sesuatu yang tak kena.

Pertama, kenapa keputusan untuk menaikkan jumlah cabutan judi ini dibuat di era Ismail Sabri jadi Perdana Menteri.

Kalau alasan yang diberikan adalah kerana negara kekurangan duit, apakah di era Mahiaddin, negara tidak alami masalah yang sama?

Kemelesetan ekonomi Malaysia sudah bermula dari era Pakatan Harapan lagi.

Ingat lagitak bagaimana Pakatan Harapan suruh rakyat minum minyak sawit satu sudu satu hari untuk stabilkan harga komoditi sawit?

Ingat lagi tak bagaimana Pakatan Harapan menjual berpuloh berbilion aset negara dan menjarah beepuloh bilion lagi duit Petronas kerana negara menghadapi kemelesetan ekonomi?

Sudah pasti sewaktu Perikatan Nasional ambil alih pemerintahan mereka mewarisi beban kewangan yang ditinggalkan oleh Pakatan Harapan.

Tapi kenapa isu ini tidak berbangkit di era Perikatan Nasional?

Kedua, siapa sebenarnya yang membuat keputusan ini dan mengapa?

Jangan lupa, yang menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang kononnya bertanggungjawab memulihkan ekonomi negara ialah Mahiaddin Md Yasin.

Adakah beliau yang mengusul dan mendesak Ismail Sabri untuk membuat keputusan ini, kalau benar, mengapa?

Pada pandangan Makcik Kiah, jawapan kepada kedua-dua persoalan itu ialah sebenarnya itulah perangkap maut yang disediakan bukan sahaja kepada Ismail Sabri, tetapi juga kepada UMNO.

Kenapa Makcik Kiah berpendapat begitu?

Jangan lupa, judi merupakan isu ugama dan isu ugama adalah isu yang amat dekat di hati pengundi Melayu.

Sebab di Malaysia, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.

Apabila meletup isu ini, pertama sekali, ianya akan memberi kredit kepada Pakatan Harapan kerana di era Pakatan Harapan, cabutan hanya dibenarkan 8 kali sahaja.

Isu ini amat menarik untuk dimainkan dalam kempen PRU 15 nanti.

Kemudian PPBM akan sambut, di era Mahiaddin, bukan tidak ada desakan, tetapi demi menjaga kesucian ugama Islam, PPBM bertegas tidak meluluskan desakan tersebut.

Tetapi, apabila UMNO ambil alih, tidak sampai 2 bulan, desakan itu diluluskan, di mana slogan UMNO yang sering dilaungkan mempertahankan ABATA?

Kalau tak percaya cakap Makcik Kiah, tunggulah kempen PRU 15 nanti, pasti isu ini akan menjadi zikir harian PPBM dan PH!!!

Apakah ini signal bahawa akan ada kerjasama antara PH dan PPBM nanti?

Itu Makcik Kiah tak pasti tapi apa yang paling Makcik Kiah pasti ialah, Ismail Sabri sudah membenarkan dirinya terjerumus dalam perangkap Mahiaddin.

Yang paling dikesalkan, bukan beliau seorang yang terjerumus tetapi beliau mengheret sekali UMNO ke dalam perangkap maut itu!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal