Hari Pertama Masuk Pejabat, Zuraidah Dah Tunjuk Besar Kepala!!!


Zuraida Kamaruddin hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi di Putrajaya dengan langkah sumbang.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial kementerian tengah hari ini, dia dilihat tidak memakai pelitup muka dalam sesi itu.

Facebook Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi menjelaskan, Zuraida tiba di kementerian pada 8.27 pagi, disambut pentadbiran tertinggi kementerian yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Ravi Muthayah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Abdul Hadi Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Mad Zaidi Mohd Karli.

Turut sama melapor diri ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Wee Jeck Seng.

Zuraida memulakan tugas pertamanya dengan menghadiri mesyuarat kabinet secara atas talian.

Namun, berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi, mesyuarat bersama pegawai kanan kementerian tersebut dilakukan secara bersemuka.

Apakah ini merupakan petanda awal bahawa apa yang telah berlaku di era Mahiaddin Md Yasin akan berulang kembali di era Ismail Sabri?

Apakah masih ada lagi 'double standard' di dalam pematuhan SOP?

Kalau dilihat dari gambar, jelas cuma Zuraidah seorang yang tidak memakai pelitup muka, manakala pegawai-pegawai termasuk Timbalan Menteri beliau sendiri memakai pelitup muka!!!

Kesalahan tetap kesalahan, tidak kira siapa yang melakukannya, tindakan tegas mesti diambil.

Kita berharap, Menteri SOP yang baharu Hishamuddin Hussien akan mengambil tindakan tegas terhadap Zuraidah supaya dapat memberi pengajaran kepada golongan kayangan, terutamanya menteri, supaya menghormati undang-undang!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal