Tok Mat Hassan Akui Ada Pihak Dalam UMNO Mahu Matikan Karier Politik Beliau (Video)


Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad bin Hassan, atau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat Hassan memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang bersih dan bersikap tegas.

Dengan sikap beliau yang berterus terang dan bersahaja dalam tuturkata namun tidak sombong, membuatkan Tok Mat Hassan mempunyai pengaruh yang cukup kuat bukan sahaja di kalangan akar umbi UMNO, malah pengundi di atas pagar.

Tambahan pula, Tok Mat Hassan mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Presiden UMNO dan juga mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak.

Sudah pasti keadaan ini tidak disenangi oleh musuh politik beliau dan juga kalangan kumpulan 23 pengkhianat yang masih lagi berada di dalam UMNO.

Sebelum Ismail Sabri membentuk kabinet, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menggesa agar Ismail Sabri melantik Tok Mat Hassan sebagai senator bagi membolehkan Tok Mat Hassan dilantik sebagai Menteri Kewangan bagi menggantikan Tengku Zafrul yang ternyata telah gagal di era Perikatan Nasional.

Baca di sini:


Cadangan Ketua Pemuda UMNO adalah berdasarkan kecemerlangan dan pengalaman Tok Mat Hassan menerajui beberapa syarikat konglomerat dunia.

Malah, apa yang lebih penting dari itu adalah ketegasan Tok Mat Hassan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab beliau.

Dari sudut politik pula, rekod cemerlang Tok Mat Hassan yang berjaya menarik kembali kembali MCA dan MIC ke dalam Barisan Nasional, di saat mereka hampir meninggalkan Barisan Nasionai ketika UMNO tumbang dalam PRU 14.

Malah, tidak kerterlaluan kalau Makcik Kiah katakan, Tok Mat Hassan merupakan antara tokoh penting yang merealisasikan kerjasama politik antara UMNO dan PAS dalam Penyatuan Ummah yang kemudiannya telah dijenamakan sebagai Muafakat Nasional.


Sekiranya dibiarkan, situasi ini pasti akan sangat-sangat merugikan UMNO.

Apakah akar umbi UMNO sanggup membunuh karier seorang pemimpin politik yang berpotensi dan berkaliber, hanya semata-mata kerana silau dengan keseronokan dan kemewahan sementara yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu.

UMNO memerluka seorang pemimpin seperti Tok Mat Hassan danbukannya pemimpin seperti kumpulan pengkhianat 22 yang masih berada di dalam UMNO.

Tolak mereka, bersihkan UMNO dari pengkhianat yang masih bermaharajalela dalam UMNO di dalam pemilihan parti yang akan datang!!!











gfgfg

Comments

zetty rania said…
Setuju.. kalau Presiden dah bermacam “aral” maka Tok Mat Hasan boleh menggalas sementara jawatan Memangku Presiden UMNO.. Dan Prediden bolehmla fokus pada kes2 Mahkamah spti yg dilakukan sebelum kini oleh DS Najib.. Mudah2 kes Presiden menang dan boleh kembali “with STYLE”… in saya Allah
Ikhlas: My-T @30/8/2021

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!