Senarai Kabinet Baharu Jelas Tidak Menuruti Kehendak UMNO Tetapi Berkiblatkan Mahiaddin Dan PPBM!!!


Sebaik sahaja Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, habis membuat pengumuman mengenai senarai kabinet beliau, rata-rata netizen dan rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa.

Kabinet yang kononnya akan berkerja bersama rakyat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada 2 masalah utama negara iaitu pandemik Covid-19 dan ekonomi, dijangka akan hanya indah khabar dari rupa.

Ismail juga memperkenalkan dasar baharu pentadbiran beliau iaitu Perkasa Agenda Malaysia dengan 3 prinsip asas:
  1. Peka Kepada Hal Ehwal Semasa
  2. Bertanggungjawab dan Amanah
  3. Mengembalikan Keyakinan Rakyat Kepada Kerajaan
Namun amat diragui, apakah dengan mengekalkan sebahagian besar individu-individu yang sudah terbukti gagal, bukan sahaja di era pentadbiran Mahiaddin, malah ketika di era pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr Mahathir, adalah lambang kepekaan Ismail Sabri terhadap masalah rakyat dan negara?



Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 
Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan

YB. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB. Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB. Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya 

YB. Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB. Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan 

YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) 

YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed 
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee bin Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Tugas-Tugas Khas)

YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

YB Senator Tuan Idris bin Ahmad 
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan 

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar

YB Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor bin Othman 

Menteri Sumber Manusia 

YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan 
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang bin Hashim 

Menteri Wilayah Persekutuan 

YB Datuk Seri Shahidan bin Kassim 
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias 

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Datuk Seri Rina Binti Harun 
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi 

YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad 

Menteri Tenaga dan Sumber Asli 

YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan 
Timbalan Menteri : YB Datuk Ali Anak Biju 

Menteri Dalam Negeri 

YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan

YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar 
Timbalan Menteri I : YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan 

YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah 
Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh 

Menteri Pembangunan Luar Bandar 

YB Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad
Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah 

Menteri Luar Negeri 

YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah 
Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin bin Jaffar 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 

YB Datuk Alexander Nanta Linggi 
Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol bin Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa 
Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 

YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican 
Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 

YB Datuk Seri Dr Adham Baba 
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar 
Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin bin Yahaya 

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin 
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng 
Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan 

YB Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri 
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara 

YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal 

Menteri Belia dan Sukan 

YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Nama-nama seperti Azmin Ali, Takiyudin Hasan, Radzi Jidin, Rina Harun, Ahmad Faizal Azumu dan beberapa nama lagi, adalah pemimpin yang telah ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia tetapi masih dikekalkan di dalam kabinet Ismail Sabri!!!

Dari sudut kepartian pula, apa yang Makcik Kiah dapat perhatikan, Ismail Sabri telah mengenepikan permintaan UMNO dan langsung tidak menghargai sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri.

Kepimpinan UMNO menyarankan supaya di dalam negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan, Ismail Sabri membentuk sebuah kabinet yang kecil supaya fokus sepenuhnya dapat diberikan terhadap masalah yang sedang dihadapi.

Cuma TS Noh Omar sahaja yang diberikan tempat oleh Ismail Sabri dalam kabinet yang beliau bentuk, itu pun dalam portfolio yang tidak begitu besar peranannya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Manakala nama-nama yang telah ditolak oleh majoriti akar umbi UMNO, terus diangkat di dalam kementerian yang lebih kanan seperti Khairy Jalaluddin (Menteri Kesihatan), Shahidan Kassim (Menteri Wilayah) dan Annuar Musa (Menteri Multimedia dan Komunikasi).

Dalam keadaan kewangan negara yang sangat kritikal, kebanyakan rakyat mengharapkan agar Ismail Sabri lebih perihatin dan memberikan fokus sepenuhnya terhadap masalah pandemik Covid-19 dan ekonomi dengan membentuk sebuah kabinet yang kecil dan hanya mempunyai beberapa kementerian yang benar-benar perlu sahaja.

Mungkin kementerian yang perlu ada menteri cuma Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Multimedia dan Komunikasi.

Dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi, Makcik Kiah tidak nampak kewajaran diwujudkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di beberapa kementerian seperti Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Tenaga & Sumber Asli, Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan dan beberapa kementerian lain.

Sekali lagi Makcik Kiah tekankan, negara berada dalam krisis kesihatan dan ekonomi dan fokus sepenuhnya mestilah diberikan.

Mengujudkan jawatan Menteri dalam beberpa kementerian yang tidak berkaitan hanya akan memberikan bebanan tambahan kepada kewangan negara!!!

Lain-lain kementerian boleh ditadbir oleh Ketua Setiausaha kementerian berkenaan tanpa perlu ada sebarang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri 1 dan Timbalan Menteri 2.

Ismail Sabri juga telah mengekalkan saiz kabinet mega seperti yang dibentuk oleh Mahiaddin dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

Makcik Kiah tidak pasti, yang mana satu sebenarnya menjadi keutamaan Ismail Sabri, negara dan rakyat atau kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri?

Atau apakah ini bermaksud Ismail Sabri lebih akur kepada arahan Mahiaddin demi untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri dari memikirkan masalah dan nasib rakyat serta negara!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!