Mahiaddin Jatuh Tapi Ratib Salah Najib Berterusan!!!


Pelik Makcik Kiah dengan manusia yang bernama Mahiaddin Md Yasin nie.

Dia terpaksa letak jawatan sebab kegagalan dan kelemahan sendiri, tapi orang lain pula yang dia salahkan.

16 Ogos 2021, Mahiaddin secara rasminya telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri yang ke 8.

Pengumuman itu dibuat selepas SPB YDP Agung memperkenankan surat perletakan jawatan beliau yang telah diserahkan kepada baginda di Istana Negara kira-kira pukul 12.00 tengahari tadi.

Tepat pukul 3.00 petang, Mahiaddin muncul secara langsung di semua media perdana untuk menyampaikan Perutusan Khas beliau yang terakhir sebagai Perdana Menteri.


Walau pun Mahiaddin rancang hanya untuk buat 'recorded live', tapi mungkin sebab terlalu kecewa, team Mak Enon dah terbuat 'live'...😂😂😂

Benda yang 'simple' dan 'straight forward order' macam ini pun tak boleh nak ikut arahan.

SPB YDP Agung juga telah melantik Mahiaddin sebagai Perdana Menteri Sementara atau 'Care Taker Prime Minister' dan untuk makluman, Perdana Menteri Sementara ini hanyalah sebagai mengisi protokol pentadbiran negara tanpa mempunyai apa-apa kuasa eksekutif seorang Perdana Menteri sebenar.

Jadi, penjilat Mahiaddin jangan spin pula yer...😛😛😛

Apa yang buat Makcik Kiah agak terkejut, apabila dalam Perutusan Khas Mahiaddin, beliau masih lagi tidak dapat menyembunyikan perasaan marah dan dendam terhadap UMNO, terutamanya mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak.

Secara jelas Mahiaddin menuduh kejatuhan beliau sebagai Perdana Menteri dan juga Kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana sikap segelintir ahli politik yang rakus terhadap kuasa, di mana tindakan 15 Ahli Parlimen UMNO yang menarik balik sokongan terhadap beliau adalah punca kepada kejatuhan beliau.

Apakah Mahiaddin lupa, megapa pada 7 Ogos 2021, Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat tindakan tegas untuk menarik balik sokongan terhadap beliau dan Perikatan Nasional?


Segala-galanya bermula apabila Takiyudin mengelirukan Ahli Dewan Rakyat, bahawa 6 Ordinan Darurat yang dikuatkuasakan sepanjang tempuh darurat yang bermula dari Januari 2021 telah dibatalkan dalam satu mesyuarat kabinet.

Ia ternyata bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bila diasak oleh Ahli Parlimen yang lain, apakah pembatalan itu sudah mendapat perkenan dari Istana Negara, berselak-selak hendak bagi jawapan.

Sehingga apabila Istana Negara mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 Ogos 2021, yang memaklumkan SPB YDP Agung dukacita kerana kerajaan bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan yang mengelitukan Ahli Parlimen dan rakyat, malah kerajaan telah membelakangi fungsi baginda sebagai Ketua Utama Negara.

UMNO ialah parti yang tegas mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan Raja Raja Melayu.

Seguris luka di hati Raja Raja Melayu, seluruh warga UMNO akan terasa bisanya.

Bertitik tolak dari itu, Presiden UMNO dengan persetujuan MKT UMNO dan berdasarkan mandat perwakilan PAU 2020, telah mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin dan Perikatan Nasional.

Inilah permulaan kepada punca kejatuhan Mahiaddin Md Yasin!!!

Mahiaddin juga telah menyebut, bahawa beliau sekali-kali tidak akan berkerjasama dengan golongan kleptokrat.

Skuad Edisi Siasat mahu bertanya kepada Mahiaddin, beliau fahamkah apa yang dimaksud kleptokrat?

Kalau Mahiaddin kurang faham, sila rujuk link di bawah ini:


Apakah Mahiaddin lupa bahawa dalam ucapan beliau untuk pertahankan jawatan Perdana Menteri, beliau secara tidak berselindung telah menawarkan rasuah politik secara terbuka di hadapan 36 juta rakyat Malaysia dan lebih dari 2 bilion penduduk dunia?

Siapa sebenarnya yang yang mengamalkan kleptokrasi?

Sebelum menuding jari kepada orang lain, Mahiaddin seharusnya cerminkan muka beliau terlebih dahulu.

Kejatuhan beliau adalah kerana kegagalan dan kelemahan beliau sendiri.

Mahiaddin seharusnya insaf dan bersyukur kerana, walau pun hampir 90% rakyat Malaysia marah terhadap beliau dan mahu beliau meletakkan jawatan dengan segera, namun hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri tidak di uji oleh Allah SWT sebagaimana DS Najib.

Walau pun DS Najib jatuh kerana fitnah dan Allah SWT menguji beliau dengan kejian dan cacian dari rakyat yang beliau telah bantu dengan memberikan perkhidmatan terbaik sebagai Perdana Menteri, namun beliau masih lagi bertenang.


Pasti kita masih ingat lagi, bagaimana di awal kejatuhan DS Najib, pada awal bulan Ramadhan, rumah beliau diserbu dan digelidah oleh pihak polis dengan arahan pihak tertentu, kononnya untuk mencari barang bukti penyelewengan DS Najib.


Tidak cukup dengan itu, barang-barang peribadi DS Najib, anak isteri beliau dirampas, malah rumah Almarhumah ibu beliau, Tun Rahah, balu kepada Allahyarham Tun Razak, mantan Perdana Menteri ke 2, juga digeledah dan dipecahkan syiling rumah, kerana kononnya untuk mencari duit yang DS Najib sembunyikan.

Siapakah Menteri Dalam Negeri ketika itu?

Ingatlah Mahiaddin, kuasa dan perancangan Allah SWT mengatasi segala kuasa dan perancangan makhlukNya.

Walau pun DS Najib dilayan dengan sebegitu menyedihkan selepas beliau jatuh, namun, apabila Allah SWT membuka hijab kebenaran, segala-galanya menjadi semakin nyata dan rakyat mula menyayangi beliau.

Jadi, sebelum Allah SWT membuka hijab keaiban, Mahiaddin sepatutnya bersyukur dan memohon keampunan dari Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal