Khidmat Interpol Terpaksa Di Gunakan Untuk Jejaki Nadir Dan Caprice
Orang-orang tua selalu berpesan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Lagi satu pesanan orang-orang tua, berani kerana benar, takut kerana salah.
Apa dah jadi dengan penyanyi rap, Caprice dengan CEO Cinta GAZA Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman nie?
Kalau betul berada di pihak yang benar, bagilah kerjasama dengan polis untuk selesaikan segera kekalutan.
Kenapa mendiamkan diri sampai PDRM terpaksa minta bantuan Interpol?
Ekoran dari laporan polis yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew pada 21 Julai 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pihak polis juga telah mengambil tindakan termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.
Polis juga sudah cuba menghubungi Caprice dan Nadir untuk menetapkan tarikh diambil keterangan secara atas talian.
Namun setakat ini, pihak polis belum menerima sebarang maklumbalas dari pihak Nadir dan Caprice.
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan keputusan meminta bantuan Interpol telah dilakukan.
“Kita telah memohon bantuan Interpol dan sedang menunggu jawapan dari pihak Interpol bagi sebarang perkembangan terbaharu”.
Makcik Kiah berharap agar Nadir dan Caprice dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis supaya segala kekusutan dapat dirungkai dengan segera.
Tujuan Nadir dan Caprice berada di bumi Gaza dah baik, jadi janganlaj dicemar dengan isu-isu yang boleh timbulkan masalah.
Fokus pada tujuan asal, kalau rasa diri tak bersalah, tampil dan berikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dan kalau rasa diri bersalah, hubungi Ustaz Ebit Lew dan mohon maaf serta selesaikanlah dengan cara yang baik dengan Ustaz Ebit Lew.
Makcik Kiah yakin, Ustaz Ebit Lew adalah seorang pemaaf dan mudah dibawa berbincang.
Janganlah dikeruhkan lagi keadaan, sama-sama kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Berani kerana benar.
Kredit:
Comments