Game Over Pada Mahiaddin, Ahli Parlimen Barisan Nasional Yang Sokong Mahiaddin Akan U Turn


Ucapan yang dibuat oleh Mahiaddin Md Yasin pada 13 Ogos 2021, yang pada awalnya dirancang dan diharap akan mendapat sokongan dari Ahli Parlimen waktu beliau menghadapi usul undi percaya di Parlimen, benar-benar telah 'backfire' beliau dan Perikatan Nasional.

Sama ada secara sedar atau tidak sedar, ucapan Mahiaddin telah menyebabkan 26 Ahli Parlimen Barisan Nasional dari kluster menteri dan sekutu mereka yang sebelum memberikan jaminan akan menyokong Mahiaddin di dalam usul undi percaya, telah mengubah pendirian.

Dalam ucapan Mahiaddin tempuh hari, beliau telah secara jelas mengakui bahawa beliau telah kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Selain dari itu, Mahiaddin juga secara berterus terang mengakui, beliau sudah berbincang dengan dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan untuk membentuk satu jajaran baru politik yang merentas parti politik.

Mahiaddin juga telah membuat tawaran rasuh politik secara terbuka kepada beberapa Ahli Parlimen pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang.

Dan akhir sekali, Mahiaddin telah berjanji untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 15 selewat-lewatnya pada bulan Julai 2022.

Sumber memberitahu, atas 3 faktor inilah yang menyebabkan kluster menteri Barisan Nasional dan sekutu mereka menimbangkan semula sokongan mereka terhadap Mahiaddin.




Apabila Mahiaddin sendiri mengakui bahawa beliau sudah kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen dan ianya disahkan pula oleh Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, dalam surat balas beliau kepada SPB YDP Agung, bahawa Mahiaddin hanya mempunyai sokongan 100 orang Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat, sudah pastilah, Ahli Parlimen kluster menteri dan sekutu mereka sudah mendapat gambaran bahawa Mahiaddin dan Perikatan Nasional berkemungkinan besar akan tumbang sebelum sempat dibuat usul undi percaya di Parlimen, jadi adalah sia-sia sekiranya mereka masih lagi mahu mengekalkan sokongan terrhadap Mahiaddin.






Lebih menguatkan lagi jangkaan mereka apabila Pakatan Harapan dan pemimpin parti yang berada di blok Ahli Parlimen bebas telah mengeluarkan kenyataan rasmi menolak tawaran yang telah dibuat oleh Mahiaddin di dalam ucapan beliau.

Logik keputusan untuk 'u-turn' yang mereka lakukan, amat mudah kita fahami.

Ahli Parlimen UMNO sudah pasti mahu dipilih semula sebagai calun dalam Pilihanraya Umum ke 15 dan kuasa untuk menentukan calun pilihanraya terletak kepada Presiden UMNO setelah disokong dan ditapis oleh MKT UMNO.

Sekiranya mereka masih mahu meneruskan sokongan kepada Mahiaddin, jawatan yang mereka berpegang sekarang berkemungkinan besar akan berakhir dalam masa kurang dari sebulan dan niat untuk bertanding dalam PRU 15 di atas tiket UMNO, bolehlah dilupakan selama-lamanya.

Bagi kluster menteri dan Ahli Parlimen MCA dan MIC juga berhadapan dengan situasi yang serupa.





Ketiga-tiga kerusi MCA dan MIC bukan sahaja dimenangi dengan ehsan dan kerja keras akar umbi UMNO, malah ketiga-tiga kawasan Parlimen tersebut, majoriti pengundinya adalah Melayu.

Lebih membingungkan kluster menteri Barisan Nasional dan sekutu mereka, apabila Mahiaddin secara jelas membuka ointu seluas-luasnya kepada PKR dan DAP untuk membentuk jajaran baru politik.

NO ANWAR dan NO DAP adalah ratib kegemaran yang mereka ulang-ulangkan setiap hari sebagai alasan mengapa mereka menolak ketetapan yang di buat oleh UMNO.

Kini ratib itu tidak lagi dapat dilagukan dan sudah jelas di kalangan rakyat, siapa sebenarnya yang berhasrat untuk merealisasikan jajaran baru politik bersama Anwar dan DAP.

Kebimbangan utama kluster menteri Barisan Nasional dan sekutu mereka sekarang bukanlah sama ada Mahiaddin dan Perikatan Nasional boleh dipertahankan atau tidak, tetapi apakah UMNO akan menerima mereka kembali!!!

Comments

Anonymous said…
Padan muka …pengkhianat tak dpt keberkatan..lain kali fikir guna otak bukan guna mata & telinga

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal