Azmin Ali Akan Menjadi 'King Maker' Dalam Pembentukan Kabinet Ismail Sabri
Pembentukan kabinet Ismail Sabri dan siapa yang akan beliau lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri terus menjadi perbualan hangat di Malaysia.
Walau pun dalam perlembagaan jelas menyatakan kuasa melantik jemaah menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, namun Ismail Sabri dilihat tidak mempunyai banyak pilihan, ibarat ditelan mati emak dan diluah mati bapa.
PPBM terus memberikan tekanan kepada Ismail Sabri supaya melantik Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri, malah sumber dalaman memaklumkan, PPBM juga mengenakan syarat supaya Ismail Sabri melantik Azmin sebagai Menteri Kewangan, sebagai syarat utama untuk PPBM mengekalkan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Baca di sini:
Namun perkara itu dinafikan oleh pembantu Azmin Ali, Hilman.
Baca di sini:
Namun kita semua mengetahui, Azmin bukanlah seorang yang akan berkias untuk menyatakan apa yang terpendam di dalam hatinya.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri sememangnya sudah lama menjadi idaman Azmin dan di era pentadbiran Mahiaddin, sebelum Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, khabarnya Azmin telah memindahkan pejabat beliau dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke pejabat Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sudah menjadi satu kebiasaan, apabila kenyataan dikeluarkan sama ada oleh Azmin atau pegawai beliau, akhirnya kita akan dapati ianya menjadi kenyataan.
Azmin dan Geng Kartel beliau mempunyai kekuatan 11 Ahli Parlimen dan ini sudah cukup untuk menumbangkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka mengumumkan menarik balik sokongan kepada Ismail Sabri.
Pendirian UMNO adalah selaras dengan penolakan majoriti rakyat dan sebahagian besar Ahli Parlimen berdasarkan prestasi Azmin yang cukup buruk bukan sahaja di era pemerintahan regim Mahiaddin, malah di era pemerintahan Pakatan Harapan dan ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor.
Ismail Sabri harus ingat, terdapat 15 Ahli Parlimen UMNO yang setia dengan Presiden UMNO dan taat kepada ketetapan UMNO.
Penarikan diri 15 Ahli Parlimen UMNO ini dari memberikan sokongan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini menyanggah keputusan dan ketetapan UMNO bersama 18 Ahli Parlimen yang lain juga adalah lebih dari mencukupi untuk menjatuhkan Ismail Sabri.
Apa keputusan yang akan diambil oleh Ismail Sabri?
Adakah beliau akan mengikut kehendak PPBM dan Kartel Azmin atau beliau akan akur dengan ketetapan UMNO.
Apa yang Makcik Kiah nampak, Ismail Sabri sudah berhadapan dengan jalan mati untuk mengekalkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.
Comments