MP & MKT UMNO Yang Masih Pertahankan Mahiaddin Kena Redha Dengan Hukuman Akar Umbi UMNO Dan Rakyat Malaysia Dalam PRU 15


UMNO secara jelas sudah membuat keputusasn secara tuntas untuk menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri dan 1 Ogos adalah tarikh terakhir MP UMNO untuk menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional.

2 badan tertinggi dalam UMNO yang mempunyai autoriti untuk menetapkan dasar parti, Persidangan Agung UMNO (PAU) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memberikan isyarat yang sangat jelas mengenai pendirian UMNO.

Dasar yang telah diputuskan tidak hanya tertakluk kepada keputusan PAU 2020 dan MKT UMNO sahaja, malah ianya didokong sepenuhnya oleh 3.2 juta akar umbi UMNO, malah tidak keterlaluan kalau dikatakan ianya turut didokong oleh hampir keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia.

Mantan Presiden UMNO, DS Najib Razak juga berdiri teguh dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh PAU 2020 dan MKT UMNO.


Ringkasan ciapan DS Najib dalam akaun Facebook beliau, pendekatan yang digunakan oleh kerajaan sekarang sudah terbukti gagal tetapi pendekatan yang gagal itu diulang berkali-kali sehingga kelangsungan hidup rakyat dan pemulihan ekonomi dilihat menjadi semakin parah.


Keadaan ini menyebabkan timbul persepsi di kalangan rakyat bahawa Perikatan Nasional sengaja mengekalkan kegagalan ini demi agenda politik mereka.

Baca di sini:



Seperti 32 juta rakyat Malaysia, DS Najib mahu supaya di atas kegagalan Perikatan Nasional yang memerintah sekarang, sebuah kerajaan sementara yang baharu segera dibentuk supaya keadaan dapat diperbetulkan sebelum keadaan negara menjadi lumpuh sepenuhnya.

Baca di sini:


Namun agak mengejutkan Makcik Kiah, bila ada antara MP UMNO yang menang pilihanraya atas tiket UMNO dan kerja keras akar umbi UMNO dilihat sanggup mengenepikan penderitaan akar umbi UMNO dan puluhan juta rakyat Malaysia yang lain semata-mata kerana kesedapan dengan nikmat yang dirasai ketika ini.

Mesyuarat MKT UMNO pada 21 Februari 2021 telah menetapkan untuk menolak sebarang jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya ditawarkan kerana ketika itu UMNO melihat sekiranya keadaan berterusan, kehidupan rakyat akan lebih terjejas.

Baca di sini:


Namun Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri, pula menzahirkan kegembiraan apabila menerima tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri tanpa merujuk kepada MKT UMNO untuk membincangkan tawaran tersebut.


Dan untuk menimbulkan kekeliruan dan kebencian akar umbi UMNO kepada Presiden UMNO, Ismail Sabri menularkan pula gambar beliau berjumpa dengan Presiden UMNO selepas ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri!!!

Mereka ini bukan tidak tahu atau tidak sedar dengan penderitaan puluhan juta rakyat Malaysia sekarang ini, namun mereka sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata mereka demi mempertahankan kesedapan yang sedang mereka nikmati sekarang.

Kalau yang membantah keputusan PAU 2020 dan MKT UMNO itu datangnya dari pemimpin PPBM, Makcik Kiah tidak hairan tapi apabila ianya datang dari UMNO, Makcik Kiah kehilangan kata-kata.



Lebih menaikkan kemarahan akar umbi UMNO bila ada kalangan ahli yang bersekongkol dengan kluster menteri ini membocor dan menularkan rakaman mesyuarat MKT UMNO!!!

Tindakan tidak bermaruah ahli MKT UMNO yang menjadi pengkhianat ini benar-benar menjijikkan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Mendedahkan maklumat perbincangan mesyuarat MKT adalah perbuatan yang tidak bermaruah dan bercanggah dengan peraturan parti.

Dato' Lokman Nor Adam dipecat dari UMNO atas kesalahan yang sama dan tidak ada sebab mengapa pengkhianat-pengkhianat ini tidak boleh diambil tindakan yang sama.

Kepada MP dan MKT UMNO yang masih pertahankan Mahiaddin, tidak perlulah gunakan alasan mahu menyelesaikan masalah Covid-19 demi menyelamatkan rakyat Malaysia kerana regim Mahiaddin sudah berkuasa lebih dari 18 bulan dan kalau memang itu matlamatnya, masalah Covid-19 dan penderitaan rakyat sudah lama selesai.

Lihatlah negara-negara jiran kita, apabila kerajaan mereka benar-benar komited mahu menyelamatkan negara dan rakyat dari bencana Covid-19, mereka telah lama berjaya.

Berseronoklah dengan kedudukan dan kemewahan hasil dari 'scheme of things' yang diperolehi, namun jangan lupa, paling lama regim Mahiaddin boleh bertahan cuma kurang dari 2 tahun sebelum sama ada suka atau tidak, pilihanraya umum mesti diadakan.

Ketika itu nanti, janganlah salahkan parti atau akar umbi atau 32 juta rakyat Malaysia apabila kamu semua dipinggirkan kerana selama ini kamu telah meminggirkan kami semua.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal