Apakah Silat Pulut UMNO Mampu Menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional?


Sidang media yang dibuat oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, jelas menunjukkan seberapa mungkin UMNO cuba menyantuni kehendak 3.2 juta akar umbi UMNO dan 32 juta rakyat Malaysia.

Namun sebagai sebuah parti politik, keputusan mestilah berlandaskan kepada beberapa pertimbangan yang berkaitan dengan kepentingan dan survivor politik UMNO, apa lagi dalam keadaan UMNO tidak memegang kuasa pemerintahan secara mutlak.

UMNO pastinya tidak mahu menjadi seperti Pak Kaduk yang menang bersorak tetapi akhirnya kampung tergadai.

Mengapa Hanya Menarik Balik Sokongan Kepada Mahiaddin Dan Bukannya Perikatan Nasional?


Ramai yang mempertikaikan kenapa MKT UMNO hanya keluarkan kenyataan menarik balik sokongan ke atas Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri tetapi tiada arahan supaya Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi GLC letak jawatan serta merta dan juga tiada arahan supaya semua Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional?

Malah ada yang mengatakan, keputusan UMNO ini tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

Benarkah begitu?

Kalau penyokong Mahiaddin dan PPBM terlupa, Makcik Kiah nak ingatkan balik.

Dalam Perlembagaan Malaysia dan Pengasingan Kuasa, Mahiaddin sebagai Perdana Menteri ialah Ketua Eksekutif dan kuasa melantik Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri Kabinet adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri yang tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.

Perkara ini tercatat dalam Perkara 43 dan 43a (Bab 3 - Badan Eksekutif)  Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Baca di sini:


Apabila Perdana Menteri tumbang, maka dengan sendirinya kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri terbubar.

Dan kekal atau tidaknya seseorang Perdana Menteri adalah bergantung kepada sokongan yang diperolehi dari Ahli Parlimen.

Dengan jumlah Ahli Parlimen terkini seramai 220 orang, Mahiaddin MESTI mendapat sokongan sekurang-kurangnya dari 111 Ahli Parlimen untuk kekal sebagai Perdana Menteri.


Apakah dengan penarikan sokongan UMNO kepada Mahiaddin, beliau masih lagi mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 110 Ahli Parlimen?

Di sinilah seninya langkah Silat Pulut UMNO.

Sebagai menghormati prinsip Demokrasi Berparlimen, UMNO masih lagi menghormati kerajaan yang mendapat restu Istana Negara.

Yang UMNO mahu lakukan ialah menyingkirkan Menteri dan Timbalan Menteri yang ada dalam kabinet Mahiaddin Md Yasin, kerana atas kegagalan meraka lah yang menyebabkan rakyat dan negara menderita hingga ke hari ini.

Satu perkara yang menarik bagi Makcik Kiah ialah melihat bagaimana permainan politik Mahiaddin dan PPBM akhirnya menjerut leher mereka sendiri.


Semua rakyat Malaysia sudah maklum bahawa Ismail Sabri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021.

Malah Pejabat Perdana Menteri sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perlantikan itu.

Kita tahu dan amat maklum, matlamat lantikan itu adalah antara 'scheme of things' Mahiaddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Kini, apabila Mahiaddin kehilangan jawatan Perdana Menteri, maka secara tradisinya, Timbalan Perdana Menteri adalah orang yang paling layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dengan syarat mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dan direstui oleh SPB YDP Agung.

Apabila itu berlaku, peralihan kuasa akan beralih dari PPBM kepada UMNO dan Ismail Sabri bebas membentuk sebuah kabinet baharu yang lebih mantap.

Faham tak apa yang Makcik Kiah maksudkan...😉😉😉

Next time don't play play with UMNO...😛😛😛

Bagaimana Kalau Mahiaddin Enggan Letak Jawatan?






Perkara ini sangat menarik untuk kita kupas.


Dalam kenyataan rasmi UMNO yang disampaikan oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, beliau mengingatkan Mahiaddin supaya meletak jawatan secara terhormat.

Jadi, mungkin Perdana Menteri yang baru boleh cadangkan nama Mahiaddin untuk terima gelaran Tun, okey lah tu...😂😂😂

Sekurang-kurangnya, akan tercatat dalam sejarah Malaysia, Mahiaddin berundur sebagai Perdana Menteri dan bukannya dijatuhkan dalam Parlimen.

Tapi kalau Mahiaddin masih menebalkan muka tidak mahu letak jawatan, mana-mana Ahli Parlimen boleh memohon mengadap SPB YDP Agung dan menyembah maklum kepada baginda serta meminta baginda menitahkan Mahiaddin supaya membuktikan beliau masih lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan kalau Mahiaddin gagal, SPB YDP Agung boleh meminta Mahiaddin supaya meletak jawatan dan kalau beliau masih enggan, SPB YDP Agung mempunyai kuasa untuk memprorog Parlimen dan membentuk 'care taker government' sementara menunggu Pilihanraya Umum boleh diadakan.

Jadi, kepada akar umbi UMNO dan 32 juta rakyat Malaysia, bertenang, UMNO sedang melakukan yang terbaik supaya kita dapat nikmati semula kehidupan yang harmoni seperti sebelum ini, dan berbalik kepada soalan apakah silat pulut UMNO mampu menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional, jawapannya, lu fikirlah sendiri...😜😜😜

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal