Muslihat Sebenar Dr Mahathir Cadang Pembentukan MAGERAN


Sekali lagi Dr Mahathir mengejutkan semua pihak apabila usai mengadap SPB YDP Agung, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara.

SPB YDP Agung telah menitahkan supaya semua ketua parti politik mengadap baginda di Istana Negara bagi tujuan mendapatkan pandangan dan cadangan dari semua pihak untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya rakyat dan negara dapat keluar dari masalah Covid-19 yang telah membelenggu negara lebih dari setahun, namun ianya bukan bertambah baik tetapi dilihat semakin tidak terkawal.


Dalam satu temuramah secara maya, Dr Mahathir memberitahu dalam pertemuan beliau dengan SPB YDP Agung, beliau telah mencadangkan kepada baginda supaya ditubuhkan MAGERAN supaya masalah Covid-19 yang telah membelenggu negara selama lebih dari setahun ini dapat diselesaikan dengan segera.

Dr Mahathir juga mendedahkan, selain dari mencadangkan kepada SPB YDP Agung untuk menubuhkan MAGERAN, beliau juga memohon agar beliau dilantik sebagai Pengerusi MAGERAN.

Baca di sini:



Namun sebagaimana yang diberitahu sendiri oleh Dr Mahathir, dari respon SPB YDP Agung, boleh disimpulkan, baginda agak keberatan untuk menubuhkan MAGERAN dan memberikan alasan penubuhan MAGERAN mestilah datang dari kerajaan yang memerintah sekarang.

Mungkin ramai dari generasi muda tidak tahu apa itu MAGERAN.

MAGERAN ialah nama singkatan pada Majlis Gerakan Negara dan ianya pernah dibentuk oleh Perdana Menteri pertama, Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 16 Mei 1969 dan dibubarkan pada tahun 23 Februari 1971.

Baca di sini:


Selepas dibentuk, MAGERAN telah mengambil alih kuasa pemerintahan negara sepenuhnya apabila pada hari yang sama Perisytiharan Darurat diwartakan.

Ahli jawatankuasa MAGERAN akan dipilih sendiri oleh Pengerusi MAGERAN yang dilantik oleh SPB YDP Agung dan kuasa pemerintahan negara berada sepenuhnya di bawah MAGERAN yang akan melapur terus kepada SPB YDP Agung.

Apa tujuan sebenar Dr Mahathir mahu supaya MAGERAN dibentuk dan beliau dilantik sebagai Pengerusi MAGERAN?

Sebenarnya, nafsu untuk memerintah negara tidak pernah terpadam dari diri Dr Mahathir dan beliau akan lakukan apa saja untuk memuaskan nafsu politik beliau.

Namun dengan keadaan politik semasa dan penolakan majoriti rakyat yang sudah serik dengan kegagalan pemerintahan beliau selama 22 bulan, impian Dr Mahathir untuk kembali berkuasa dilihat sangat mustahil.

Parti Pejuang (serpihan dari PPBM) yang beliau tubuhkan tidak mempunyai pengaruh dalam pentas politik negara, malah Pejuang tidak dianggap sebagai sebahagian dari komponen Pakatan Harapan.

Sekali pun di masa akan datang, Pejuang diterima sebagai komponen Pakatan Harapan dan ditakdirkan Pakatan Harapan kembali memerintah, peluang Dr Mahathir untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri tetap menjadi tanda tanya kerana musuh politik beliau, Anwar Ibrahim, kini telah dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Kalau pun Dr Mahathir berjanji akan melakukan peralihan kuasa dalam jeda waktu tertentu, tidak mungkin Majlis Presiden Pakatan Harapan mempercayainya kerana telah terpedaya sebelum ini.

Untuk beliau kembali mendapatkan kuasa melalui PPBM juga adalah sesuatu yang sangat mustahil, kerana tidak mungkin Mahiaddin akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada beliau begitu saja.

Dr Mahathir adalah seorang yang opportunis, kegagalan regim Perikatan Nasional mentadbir negara dengan baik telah membuka sedikit ruang kepada beliau.

Apabila SPB YDP Agung menitahkan supaya semua ketua parti mengadap, beliau melihatnya sebagai peluang keemasan.

Dalam keadaan negara berada di bawah Perisytiharan Darurat yang diwartakan pada 14 Januari 2021, sekiranya SPB YDP Agung bersetuju membentuk MAGERAN dan melantik Dr Mahathir pula dilantik sebagai Pengerusi MAGERAN, ianya tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak, walau pun pihak mahkamah sekali pun.

Dan perlantikan Ahli Jawatankuasa MAGERAN yang dipilih oleh Dr Mahathir juga tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.


Inilah sebenarnya yang Dr Mahathir mahu, namun ianya disedari oleh pemimpin parti politik yang lain termasuk Pakatan Harapan sendiri.

Malah UMNO juga telah menolak cadangan Dr Mahathir untuk menubuhkan MAGERAN.

Baca di sini:

Secara logiknya, rakyat Malaysia sudah lebih setahun dibebani dengan SOP PKPD, PKP, PKPB, PKPP, ditambah pula dengan Proklamasi Darurat dan sekarang ditambah lagi dengan total lockdown, apakah mahu ditambah lagi dengan penubuhan MAGERAN pula?

Apakah jaminan dengan penubuhan MAGERAN segala masalah yang membelenggu negara selama lebih dari setahun ini dapat diselesaikan?

Sebenarnya bukan Covid-19 yang menjadi masalah utama rakyat dan negara ini, kerana Covid-19 ialah pandemik yang melanda seluruh dunia dan banyak negara, malah negara yang lebih besar saiznya serta lebih ramai penduduknya sudah dapat mengawalnya serta kehidupan rakyat mereka telah berjalan seperti biasa.

Yang menjadi masalah utama rakyat dan negara ini adalah sikap rakus dan tamak kepada kuasa di kalangan ahli politik kita.

Inilah yang MESTI diselesaikan segera!!!

Comments

Anonymous said…
Dua2 kumpulan ni ,tak le pakai
22 bulan perintahan PH yg jahanam melyu & islam ikut
arahan cina Dapig .
Dan PN,myudin yg hati busuh bersama bekas ahli kabinet
dr bekas PH Azom Ali,yg sngt hati busuh nk kadi mati
UzmNo dn BN sbb tu sejak dtp merentah masia ,drcawal lg
X pandai urus negara natuli hanya nk bikin duit kasi
Kotoni diaorg kaya.
Conclusion : adakan PRU 15 crpat apa bila suntik vaccine
dah 80%
Semebtara tunggu PRU 15,agong dn rsja mrlayu
le lantik interim PM,bukan dt ahli politik
sedia termaduk si Anur.

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal