Apakah 'Tengku Lebai Takiyuddin' Rasa Kuasa Beliau Mengatasi Kuasa Majlis Raja Raja Melayu?


SPB YDP Agung telah menitahkan semua ketua parti politik untuk mengadap baginda dari 9 Jun 2021 hingga 11 Jun 2021.

Semua tahu bahawa tujuan baginda adalah untuk mendapatkan pandangan semua pihak dalam mencari penyelesaian kepada masalah rakyat dan negara.

Punca kepada masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara sekarang ini adalah kerana regim Mahiaddin gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dalam menangani masalah Covid-19.




Pandangan dari kesemua ketua parti politik akan baginda perhalusi sebelum di bawa ke Mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu yang dijangka akan diadakan pada 16 Jun 2021.

Antara perkara yang paling utama yang mungkin akan dibincangkan oleh Majlis Raja Raja Melayu ialah memutuskan sama ada tempoh darurat akan ditamatkan pada 1 Ogos 2021 atau akan dilanjutkan.

Dari respon ketua-ketua parti politik yang mengadap SPB YDP Agung, majoriti mahu supaya tempoh darurat yang bakal tamat pada 1 Ogos 2021 ini tidak disambung lagi.

Ini adalah kerana regim Mahiaddin gagal menggunakan kuasa di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia di bawah Akta Darurat untuk menangani dan mengawal masalah Covid-19.

Baca di sini:


Atas kegagalan inilah, dengan inisiatif SPB YDP Agung, telah memanggil semua ketua parti politik untuk mendapatkan pandangan mereka dan seterusnya pandangan itu akan dibincangkan dengan Majlis Raja Raja Melayu.

Keputusan sama ada mahu menamatkan atau menyambung darurat belum diputuskan lagi dan masih lagi di peringkat perbincangan tetapi 'Tengku Lebai Takiyuddin' dah melatah.

Menjawab pertanyaan wartawan, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham, memberitahu, kuasa menamatkan darurat adalah kuasa SPB YDP Agung dan sekiranya SPB YDP Agung menamatkan darurat, maka sudah tiada sekatan perundangan untuk membuat Pilihanraya Negeri atau pun Pilihanraya Umum.

Kenyataan Dr Noor Hisham serta merta disanggah oleh 'Tengku Lebai Takiyuddin'.


Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang Undang), dalam perenggan 3, Takiyuddin menyatakan :

"Adalah menjadi tanggungjawab jemaah menteri untuk terus menasihati KDYMM SPB YDP Agung selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempuh Darurat".

Apa sebenarnya yang 'Tengku Lebai Takiyuddin mahu sampaikan?

Apakah beliau mahu memperlekehkan usaha SPB YDP Agung memanggil semua ketua parti politik dan memanggil Majlis Raja Raja Melayu bersidang dengan memberitahu bahawa keputusan akhir sama ada darurat akan ditamatkan adalah bergantung atas pandangan kabinet, jadi tak perlulah SPB YDP Agung panggil semua ketua parti politik atau Majlis Raja Raja Melayu bersidang?

Atau 'Tengku Lebai Takiyuddin' mahu memberitahu kepada SPB YDP Agung, sama ada semua ketua parti politik dan Majlis Raja Raja Melayu bersetuju untuk tamatkan darurat, namun sekiranya kabinet mahu darurat diteruskan, maka SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu mesti akur?

Kalau kabinet adalah penentu akhir sama ada darurat akan ditamatkan atau tidak, bagaimana dengan kuasa prerogatif SPB YDP Agung untuk mengisytihar atau menamatkan darurat?

'Tengku Lebai Takiyuddin' jangan lupa, SPB YDP Agung pernah menolak pengisytiharan darurat yang pernah dinasihatkan oleh Mahiaddin dan kabinet terpaksa akur kerana SPB YDP Agung berhak menolak nasihat Perdana Menteri yang menjadi ketua kabinet, sekiranya SPB YDP Agung mendapati tidak ada keperluan untuk Pengisytiharan Darurat dilakukan.

Baca di sini:


Kuasa menamatkan darurat adalah sama seperti kuasa mengisytiharkan darurat dan ianya adalah kuasa prerogatif SPB YDP Agung yang tidak boleh dicabar dalam mahkamah.

Baca di sini:


Satu lagi persoalan, kalau kuasa penentu akhir berada pada kabinet, apakah fungsi dan matlamat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021?

Bukankah jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk menasihati SPB YDP Agung mengenai kewujudan berterusan darurat besar dan penamatannya?

Baca di sini:


Malah 'Tengku Lebai Takiyuddin' sendiri pernah mengatakan, yang berkuasa menasihati SPB YDP Agung sama ada untuk menamatkan darurat atau tidak terpulang kepada Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Baca di sini:


Tapi sekarang mengapa 'Tengku Lebai Takiyuddin' sudah bertukar nada?


Apakah 'Tengku Lebai Takiyuddin' merasakan beliau lebih berkuasa dari SPB YDP Agung dan Majlis Raja Raja Melayu atau sekarang ini 'Tengku Lebai Takiyuddin' sudah menjadi Menteri Nikah Kahwin seperti cerita P Ramlee dalam Musang Berjanggut?

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal