Adakah Regim Mahiaddin Cuba Bermain Api Dengan Raja Raja Melayu?


Usai Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Melayu berlangsung pada 16 Jun 2021, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu, Tan Sri Syed Danial Bin Syed Ahmad, telah mengeluarkan kenyataan media secara terperincini dapatan dari Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Melayu yang telah diadakan pada hari itu.

Satu kelainan pada Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Melayu pada kali ini ialah 2 kenyataan media yang berasingan telah dikeluarkan dalam mesyuarat yang sama.



Kenyataan media pertama dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Di Raja, Dato' Indera Ahmad Fadil Shamsudin.

Baca di sini:






Manakala kenyataan media kedua pula dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja Raja Melayu, Tan Sri Syed Danial Bin Syed Ahmad.

Baca di sini:


Mengapa begitu, Makcik Kiah tak nak campur, itu urusan Majlis Raja Raja Melayu tapi bagi Makcik Kiah, walau pun kedua-dua kenyataan itu senada, namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu adalah lebih terperinci dan lebih tegas bunyinya.

Dari hirarki, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu adalah kakitangan kerajaan yang paling kanan kerana penyandangnya mewakili kesemua 9 Raja Raja Melayu.

Baca di sini:


Titah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu adalah sangat jelas:

1) Nyawa dan keselamatan rakyat adalah keutamaan teratas.
2) Mesti ada kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan majoriti rakyat.
3) Parlimen mesti bersidang dengan segera.
4) Tiada keperluan melanjutkan tempoh darurat selepas ianya tamat pada 1 Ogos 2021.

Baca di sini:



Titah raja adalah titah yang dijunjung oleh semua rakyat jelata, ianya bukan sekadar kata-kata tetapi termaktub dalam Prinsip Rukun Negara.

Namun sebagai rakyat yangcinta dan setia kepada Raja dan Negara, Makcik Kiah merasa sangat-sangat kesal dengan respon yang ditunjukkan oleh regim Mahiaddin.

Mungkin 'Tengku Lebai Takiyuddin' merasakan bahawa kuasa menteri kabinet yang beliau pegang sekarang mengatasi kuasa SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu.



Seakan memperlekehkan atau menyindir titah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu, 'Lebai Tengku Takiyuddin' menyatakan bahawa SPB YDP Agung hanya bertitah supaya Parlimen bersidang segera, tapi baginda tidak menyatakan bulan berapa!!!

Apa masalah 'Lebai Tengku Takiyuddin' nie?

Sel-sel otak dia dah tak bersambung lagi ker?

Janganlah bercakap macam orang mabuk dadah.

Kenyataan yang dikeluarkan itu adalah kenyataan SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu kepada Ahli Parlimen atau pun Ahli Legislatif yang menggubal dasar dan undang-undang negara.

Perlukah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu keluarkan tital dengan maklumat terperinci seperti pukul berapa, hari apa, berapa haribualan, bulan berapa dan tahun bila Parlimen mesti bersidang?

Dah tua bangka, takkan 'Tengku Lebai Takiyuddin tak faham maksud SEGERA!!!


Kalau Makcik Kiah cakap dah tua pun bodoh, marah pulak nanti!!!


'Tengku Lebai Takiyuddin' juga seakan memberi arahan kepada semua Ahli Parlimen, apabila Parlimen bersidang nanti, satu-satunya isu yang boleh dibahaskan hanyalah mengenai masalah Covid-19, menurut beliau, kononnya itu adalah titah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu!!!



Dalam Perkara 8 di muka surat 3, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Penimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu dengan jelas menyatakan:

"Raja Raja Pemerintah berpendirian pentingnya dihormati mekanisma semak dan imbang antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab (accountable) kepada rakyat terutama dalam hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara. Dalam semangat tersebut, Raja Raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang".

Sudah jelas lagi bersuluh, tujuan utama SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu mahu Parlimen bersidang adalah supaya mekanisma semak dan imbang dapat dilaksanakan, terutamanya mengenai perbelanjaan kewangan negara.

Tidak disebutkan langsung SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu menitahkan agar Parlimen hanya membahaskan isu-isu Covid-19 dan isu-isu lain diketepikan dahulu.

Berat kisah hidup 'Tengku Lebai Takiyuddin' nie, kenyataan SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu pun nak dipolitik dan spin.



Seakan membidas kenyataan yang dibuat oleh 'Tengku Lebai Takiyuddin, Istana Negara mengeluarkan Infografik sebagai ingatan dan amaran kepada regim Mahiaddin, bahawa SPB YDP Agung serta Raja Raja Melayu mahu supaya Parlimen bersidang SEGERA!!!

Baca di sini:


Satu poerkara yang sangat penting Makcik Kiah nak ingatkan kepada regim Mahiaddin, terutamnya 'Tengku Lebai Takiyuddin'!!!

British berjaya menjadi penjajah yang paling lama menjajah Tanah Melayu kerana mereka menyedari, 2 perkara yang mesti mereka hormati dan tidak boleh campurtangan dalam masyarakat Melayu, iaitu Ugama dan Raja Raja Melayu.

Namun pemerintah British di Tanah Melayu pasca Perang Dunia Kedua telah melakukan kesilapan apabila cuba mencampuri urusan Raja Raja Melayu dalam cubaan membentuk Malayan Union dan akhirnya bangsa Melayu bangkit.

Apabila bangsa Melayu marah dan bangkit mempertahankan Raja Raja Melayu mereka, bukan sahaja Malayan Union tumbang malah British juga akhirnya tumbang kemegahan mereka sebagai penjajah Tanah Melayu.

Kalau British sebuah kolonial tersohor dunia boleh tumbang dengan kemarahan bangsa Melayu, apakah 'Tengku Lebai Takiyuddin' rasa beliau boleh bertahan?

Jangan cuba bermain api dengan Raja Raja Melayu kerana kelak akan berhadapan dengan kemarahan bangsa Melayu.

Belajarlah dari sejarah.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal