Tanpa Pedulikan Penderitaan Rakyat, Langkah Sheraton 2.0 Pula Di Gerakkan


Makcik Kiah tak tahu nak cakap apa.

Marah ada, meluat ada, menyampah pun ada, bila dapat tahu dari sumber yang mengatakan sekarang nie dah digerakkan pula Langkah Sheraton 2.0.

Alasan cliche yang digunakan ialah untuk menyelamatkan negara!!!

Eh, macam pernah dengar jer ayat tu.

Makcik Kiah cuba cari kesahihan berita yang Makcik Kiah dengar tu, ye lah, mana boleh dengar dari satu sumber jer kan.


Terjumpa pula live Amir Hijaz dalam FB beliau yang bercakap tentang isu yang sama.

Menurut Amir Hijaz, sebenarnya isu gerakan yang ketuai oleh seorang pemimpin otai yang berpengaruh tu dah tular di media sosial.


Malah pemimpin UMNO juga dikatakan sudah memberikan signal yang seakan-akan senada.

Memang Presiden UMNO, DS Zahid pernah keluarkan kenyataan bahawa UMNO perlukan jajaran baru politik.

Maksud Presiden UMNO, dengan perkembangan politik semasa, UMNO mesti bersedia untuk berkongsi kuasa dengan mana-mana parti politik sekiranya mahu membentuk kerajaan selepas PRU 15 nanti.

Baca di sini :


Tapi kenyataan beliau telah disalah tafsir oleh beberapa pihak dengan menuduh beliau menyeru UMNO supaya bersedia menerima DAP dalam jajaran baru politik yang akan dibentuk nanti.

Baca di sini : 


Apa yang pasti, pendirian UMNO adalah kerjasama politik yang akan dibentuk nanti sudah semestinya tanpa penyertaan pemimpin-pemimpin yang telah terbukti gagal, terutamanya dari PPBM dan DAP.

Berbalik pada gerakan Langkah Sheraton 2.0 yang sedang digerakkan, khabarnya, sudah bersiap sedia untuk mengadap DYMM SPB YDP Agong minggu hadapan.

Kalau benar, rakyat Malaysia sangat-sangat berharap agar SPB YDP Agong tidak lagi membenarkan peralihan kuasa secara tebuk atap seperti yang telah berlaku pada bulan Februari 2020 yang lalu.

Ianya menimbulkan keadaan politik yang sangat tidak stabil sehingga ke hari ini dan yang menjadi mangsanya ialah rakyat marhaen.

Dari membenarkan peralihan kuasa secara tebuk atap, adalah lebih baik ditamatkan darurat dan dibenarkan Parlimen bersidang.

Atau baginda boleh bubarkan Parlimen dan tangguhkan PRU 15 hingga keadaan Covid-19 benar-benar terkawal dan baginda boleh lantik mana-mana profesional yang tidak ada kepentingan politik, dalam ertikata lain, gantikan Majlis Keselamatan Negara dengan barisan profesional yang tidak mempunyai latar belakang atau dipengaruhi oleh orang politik.

Apatah lagi, muka-muka yang menggerakkan Langkah Sheraton 2.0 adalah gabungan muka-muka yang sama ketika era Pakatan Harapan dan juga Perikatan Nasional sekarang ini.

Sudah cukup rakyat menderita dengan kerenah pemimpin otai tersebut dan juga pemimpin Perikatan Nasional yang ada sekarang.

Bagi Makcik Kiah, sudah-sudah lah tu.

Memang rakyat mahukan perubahan kepimpinan negara yang ada sekarang ditukar, tapi bukan oleh muka-muka yang sama dalam Pakatan Harapan atau dalam Perikatan Nasional, tak kiralah dari parti mana sekali pun, waimah dari UMNO.

Satu mesej yang cukup jelas dari rakyat kepada penggerak Langkah Sheraton 2.0.

Malaysia ini milik kami, rakyat Malaysia dan bukan milik eksklusif muka-muka basi ahli politik yang dah banyak menyiksa hidup kami.

Pada ahli politik yang gila dan tamak kuasa, tunggulah PRU 15, kami akan kitai korang cukup-cukup.

Enough is enough!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!