PKP 3.0 : Kapitalis Di Dahulukan, Rakyat Tak Di Pedulikan


12 Mei 2021, satu hari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri, Mahiadin Md Yasin umumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 atau PKP 3.0 selama 21 hari sehingga 7 Jun 2021.

Baca di sini :


Tapi macam biasa, rakyat ditinggalkan kebingungan dengan SOP yang mesti dipatuhi.

PKP 3.0 dikuatkuasakan ke seluruh negara mulai 12 Mei 2021, tapi SOP untuk PKP 3.0 hanya akan diumumkan pada 22 Mei 2021 (semalam), 10 hari selepas PKP 3.0 dikuarkuasakan!!!

Makcik Kiah rasa, lepas separuh perjalanan PKP 3.0, barulah regim Mahiadin teringat SOP PKP 3.0 yang katanya akan diperketatkan tu belum diumumkan lagi!!!

Apa perbezaan dan persamaan antara PKP 1.0 dengan PKP 2.0 dengan PKP 3.0?


Perbezaan utama, dalam PKP 1.0, Mahiadin tanpa rasa gundah gelana buat perutusan khas secara live kat TV.

Ye lah, masa tu rakyat Malaysia panggil Mahiadin, 'Abah', tambahan lagi Mahiadin umumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion untuk bantu rakyat yang akan dikurung.

Semua sektor ekonomi kecuali perkhidmatan asas ditutup sepenuhnya.

Rakyat masih tak nampak tembelang sebenar regim Mahiadin.

Rakyat akur dengan arahan Mahiadin dan memberikan harapan yang cukup tinggi supaya regim Mahiadin dapat mengatasi wabak Covid-19 yang telah diumumkan WHO sebagai pandemik yang melanda seluruh dunia.

Kita hampir berjaya dan pernah mencatatkan jumlah jangkitan baru sifar.

Lepas tu berlaku pula Pilihanraya Negeri Sabah (PRN Sabah), di kala rakyat Sabah sedang berada di tahap klimaks dijangkiti Covid-19.

Selepas habis PRN Sabah, keadaan Covid-19 kembali menular di Semenanjung Malaysia.

Kes jangkitan baru yang sebelum itu secara konsisten mencatatkan angka 1 digit, kembali meningkat secara drastik kepada angka 4 digit secara konsisten.

Rakyat mula resah.

Sekolah mula ditutup, masjid dan surau juga dihadkan kehadiran jemaahnya tapi yang mencetuskan kemarahan rakyat ialah sektor perkilangan dan pembuatan yang menjadi penyumbang tertinggi jangkitan kes baharu Covid-19 dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Baca di sini :


Menambahkan kemarahan rakyat apabila kasino-kasino di Genting Highland dibenarkan beroperasi, malah kedai-kedai judi yang menjadi tumpuan orang ramai juga dibenarkan beroperasi, tetapi regim Mahiadin masih enggan membenarkan surau dan masjid di buka seperti biasa, bilangan jemaah masih dihadkan.

Peniaga dan penjaja kecil mula dihalang menjalankan aktiviti perniagaan mereka tetapi pusat membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di hujung minggu dan menjelang hari perayaan dibenarkan beroperasi seperti biasa.


Kemudian Mahiadin umumkan pula PKP 2.0 selama 14 hari yang mula dikuatkuasakan pada 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021.

Baca di sini :


Ketika ini api kemarahan rakyat mula membara, tambahan pula 2 hari selepas mengumumkan PKP 2.0, Mahiadin umumkan pula Perintah Darurat ke seluruh negara.

Keadaan penularan Covid-19 yang dilihat mula tidak terkawal, regim Mahiadin dilihat tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya.

Pemimpin-pemimpin politik yang berada dalam regim Mahiadin dilihat lebih berselera bermain politik demi memperkukuhkan kuasa politik mereka dari memikirkan nasib rakyat yang semakin hari semakin menderita.

Berbagai-bagai akta dipinda untuk menghalalkan apa sahaja yang mereka lakukan.

Berbilion-bilion duit dari khazanah negara dibelanjakan untuk membeli vaksin, tetapi kadar vaksinisasi rakyat Malaysia adalah antara yang terendah dalam Asia Tenggara.

Keberkesanan vaksin juga dipersoalkan.

Selepas berbilion-bilion ringgit duit dari khazanah negara dibelanjakan untuk membeli vaksin, rakyat persoalkan, apa gunanya vaksin sekiranya selepas melengkapkan 2 suntikan vaksin, namun masih lagi tidak dapat menjamin dari dijangkiti dan menjangkiti Covid-19?


Malah Mahiadin juga dilihat menipu rakyat bila beliau sendiri memberi jaminan selepas melengkapkan 2 suntikan vaksin, rakyat tidak akan dihalang untuk merentas daerah atau negeri!!!

Kemarahan rakyat semakin memuncak bila timbul pula golongan yang digelar sebagai kluster kayangan yang terdiri dari ahli politik dan golongan hartawan yang dilihat bebas ke mana-mana sedangkan rakyat diarahkan supaya berkurung di rumah!!!


Sekarang diumumkan pula PKP 3.0 dan Mahiadin cuma keluarkan PDF, tak ada lagi perutusan khas.

Pelik juga Makcik Kiah, kenapa Mahiadin tak buat perutusan, SOP pun suruh Ismail umumkan...😏😏😏


Sedangkan Ismail tak ada dalam Majlis Keselamatan Negara.

Mungkin takut kena maki dengan rakyat yang dah hilang sabar ler tu.

Macam budak-budak nie cakap, kalau Zionis ada IDF untuk tangkis serangan Briged Al Qassam, Mahiadin pula ada PDF untuk elak kena maki.

Ketika Makcik Kiah menulis, SOP PKP 3.0 diumumkan oleh Menteri Kanan, Ismail Sabri.

Tak ada apa yang diperketatkan, cuma waktu operasi ekonomi dipendekkan.

Kalau sebelum ini dibenarkan dari pukul 6.00 pagi sampai 10.00 malam, sekarang hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 8.00 pagi sampai 8.00 malam.


Apa yang memualkan Makcik Kiah, sehari sebelum diumumkan SOP PKP 3.0, Mahiadin dengan Menteri Kanan paling kanan, Azmin, seolah-olah minta persetujuan dari kapitalis untuk perketatkan SOP PKP 3.0.

Kenapa perlu berjumpa dengan kapitalis tu semua?

Bukankah sekarang ini, negara berada dalam ordinan darurat.

Kerajaan boleh keluarkan arahan apa sahaja kepada para kapitalis, termasuk larangan membuang perkerja dan mereka yang engkar boleh didakwa.

Bila rakyat melanggar arahan, kerajaan dengan tegas dan tuntas ambil tindakan dengan kuasa di bawah ordinan daruratr tapi kenapa lembik sangat bila berhadapan dengan para kapitalis?

Apakah di bawah regim Mahiadin, dasar kerajaan ditentukan oleh para kapitalis?

Yang sedang menderita ialah rakyat, yang dikurung di rumah ialah rakyat, yang tak berasap dapurnya ialah rakyat, yang menangis anak-anaknya kerana kelaparan di rumah ialah rakyat, yang dihalau dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa ialah rakyat, yang makan nasi hanya berlaukkan air garam ialah rakyat tapi yang mendapat perhatian regim Mahiadin ialah para kapitalis!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal