Kritikan Dr Mahathir Terhadap Israel, Jujur Atau Mahu Menutup Identiti Sebenar Beliau?


Di Malaysia, malah di pentas politik dunia, Dr Mahathir pernah menerima jolokan pejuang negara ketiga.

Ini adalah kerana keberanian Dr Mahathir menampilkan imej sebagai satu-satunya pemimpin dunia ketiga yang berani memberikan ktirikan-kritikan pedas terhadap Amerika Syarikat dan anak emas mereka, Israel.

Terus terang Makcik Kiah katakan, Makcik Kiah sendiri pernah 'terkagum' dengan 'keberanian' dan 'ketegasan' Dr Mahathir ketika itu.

Dalam negara pula, Dr Mahathir dikenali sebagai seorang pemimpin politik yang sangat hebat, beliau adalah satu-satunya pemimpin yang berjaya menumbangkan bukan sahaja satu Perdana Menteri yang sedang berkuasa, malah telah menumbangkan 3 Perdana Menteri yang sedang berkuasa.

Allahyarham Tun Hussien Onn, Tun Abdullah dan DS Najib Razak adalah mangsa kelicikan Dr Mahathir.

Satu perkara yang Makcik Kiah rasa ramai telah terlepas pandang.

Dr Mahathir bukanlah seorang yang berasal dari keluarga yang berlatarbelakang politik.


Ayah Dr Mahathir, Allahyarham Mohamad bin Iskandar Kutty hanyalah pengetua di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah, manakala ibunya pula, Allahyarhamah Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah seorang surirumah.

Malah di awal penglibatan Dr Mahathir dalam dunia politik, rekod pencapaian Dr Mahathir sangat tidak memberangsangkan.


Beliau pernah dipecat dari UMNO di era Almarhum Tunku Abdul Rahman, malah beliau pernah tewas dalam Pilihanraya Umum 1969 kepada Allahyarham Yusuf Rawa di Parlimen Kota Setar Selatan dengan 989 undi.

Bagaimana seorang yang pernah tewas dalam Pilihanraya Umum dan pernah dipecat dari UMNO boleh menjadi seorang 'Prime Minister killer'?

Siapakah guru Dr Mahathir yang telah berjaya mendidik beliau sehingga menjadi seorang yang sungguh licik dalam politik?


Kalau di Singapura, kita semua tahu, kehebatan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew, banyak dipengaruhi oleh hubungan yang sangat akrab antara beliau dengan Henry Kisingger.

Siapakah Henry Kissinger?

Henry Kissinger atau nama penuhnya Heinz Alfred Kissinger adalah seorang berbangsa Yahudi dan yang telah dilahirkan di Jerman.

Ketika pemerintahan Nazi di Jerman pada tahun 1938, beliau dan keluarganya telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Beliau adalah seorang diplomat dan ahli sains politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara dan Penasihat Keselamatan negara tersebut di bawah pemerintahan presiden Richard Nixon dan Gerald Ford.

Baca di sini :


Apakah Dr Mahathir juga mendapat sentuhan dan didikan dari Henry Kisingger?

Kronologi Hubungan Dr Mahathir Dengan Freemason, Yahudi Dan Israel


1964

Dr Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. 

Hubungan Dr Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO.

Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. 

Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Dr Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. 

Dr Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Dr Mahathir hanya kembali setelah Allahyarham Tun Razak jadi Perdana Menteri. 

Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Allahyarham Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Dr Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Dr Mahathir. 

Ajal telah menghalang Allahyarham Tun Razak dari bertindak terhadap Dr Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Dr Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982

Dr Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. 

Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Dr Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. 

1986

Dr Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Dr Mahathir merangka strategi pilihanraya umum 1986. 

Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. 

Dr. Kissinger, orang besar Yahudi yang juga rakan karib Dr Mahathir merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan. 

Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel, Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. 

Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Dr Mahathir.

1986

Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. 

Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Dr Kissinger'.

6 Mac 1987



Dr Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. 

Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Dr Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994

Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6 hingga 9 Julai 1994



Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. 

Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. 

Bila berita ini sampai ke Malaysia, Dr Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. 

Akhirnya Dr Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!!!.

16 Julai 1994

Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBF, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Dr Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. 

17 Julai 1994

Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :

"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres".

"Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

13 Oktober 1994

Far Eastern Economic Review melaporkan : 

Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. 

Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik.

Disember 1996

Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. 

Kenyataan Mahathir ini cuba meminta umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997

Dr Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh masyarakat Yahudi yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. 

Dalam pertemuan tersebut Dr Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. 

Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Dr Mahathir. 

Perancangan Dr Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Dr Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa 'Perkampungan Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.

21 Mac 1997

Dr Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). 

Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Dr Mahathir. 

Dr Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Dr Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. 

Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Dr Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998

Dr Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika/Eropah.

September 1999

Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. 


Di dalam pertemuan tersebut juga, Dr Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

Timbul tanda tanya, siapa sebenarnya Dr Mahathir?

Kita harapkan agar artikel ini sampai kepada Mahathir dan mohon penjelasan terperinci satu persatu berdasarkan kronologi yg berlaku.

Kalau apa yang tercatit itu adalah benar, jujurkah Dr Mahathir bila beliau mengatakan beliau amat simpati dengan nasib saudara kita di Palestin atau ianya juga adalah kelicikandan lakunan beliau untuk menutup identiti sebenar beliau.


Kredit :

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!