Benarkah Wujud Mazhab Kesihatan Dan Mazhab Ekonomi Dalam Kabinet Mahiadin?


Kalau dalam perang, ketumbukan yang dilengkapi peralatan yang cukup dan canggih, belum lagi dapat menjamin kemenangan.

Persefahaman serta displin yang mantap dalam pasukan adalah antara faktor yang penting untuk menewaskan musuh dan persefahaman dan displin yang mantap dalam pasukan adalah sangat-sangat bergantung pada teraju utama atau jeneral yang bertanggungjawab membuat keputusan terhadap strategi peperangan.

Karisma serta kredibiliti jeneral bukan sahaja akan diukur oleh anak buahnya melalui hierarki jawatan tetapi juga melalui ketegasan dan kebijaksanaan beliau sebagai pemimpin.

Pemimpin yang bijak, tegas, berkarisma dan berkredibiliti pasti akan dihormati oleh anak buah pimpinan beliau.

Bagi Makcik Kiah, regim Mahiadin, sama ada dalam Kerajaan Perikatan Nasional atau dalam Majlis Keselamatan Negara telah diberikan segala-galanya untuk memerangi wabak pandemik Covid-19.

Di peringkat awal mengambil alih kepimpinan, mereka mempunyai kemudahan fasiliti perubatan sedia ada yang mencukupi dengan kemampuan untuk menambah fasiliti perubatan yang dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia dan berbagai agensi yang lain, tidak cukup dengan itu pihak-pihak NGO juga turut sama membantu.

Dari sudut kepakaran, regim Mahiadin mempunyai pakar-pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, bukan sahaja mendapat pengiktirafan di Malaysia, malah di peringkat dunia.

Kakitangan Kementerian Kesihatan dengan dibantu PDRM, ATM dan RELA membekalkan tenaga yang lebih dari mencukupi.

Ketika itu kita mempunyai wang RM2 trilion yang boleh digunakan, satu jumlah dana yang cukup besar.

Sebasb itu, di peringkat awal wabak pandemik Covid-19, dengan kerjasama pelbagai pihak, kita hampir berjaya mengawal penularan wabak pandemik Covid-19.

Tapi kini, keadaan telah menjadi sebaliknya.

Setelah berbelanja besar, kantung negara sudah hampir kering dikerjakan, keadaan Covid-19 semakin parah setiap hari.

Untuk mendapatkan bekalan vaksin sahaja, RM5 bilion secara rasmi sudah digunakan, manakala jumlah sebenar wang yang dibelanjakan, masih lagi tidak diketahui.

Namun kadar vaksinasi di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau Asia Tenggara, apa lagi di dunia.

Barisan hadapan yang terdiri dari petugas Kementerian Kesihatan, PDRM, ATM, RELA dan NGO sudah semakin keletihan dan ada yang sudah 'collapse'.

Malah sangat-sangat menyedihkan, ada antara benteng terakhir negara ini telah dijangkiti virus Covid-19.

Angka-angka kes jangkitan baharu telah menghampiri ke angka 7,000 kes sehari dan sekiranya keadaan berterusan, tidak mustahil dalam jangkamasa terdekat ianya akan beralih dari angka 4 digit ke angka 5 digit.

Kadar kematian harian pula secara konsisten telah mencatatkan angka 2 digit!!!

Rakyat benar-benar dilanda kebimbangan dan ketakutan, nyawa rakyat kini benar-benar sedang terancam oleh musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Kabinet Berpecah Dua?


Dalam keluaran lepas, Makcik Kiah mengkritik tindakan Mahiadin dan Azmin yang dilihat seolah-olah lebih mementingkan kepentingan kapitalis dari nyawa rakyat.

Baca di sini :


Kebimbangan Makcik Kiah nampaknya berasas apabila Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dasuki, mendedahkan dalam Kabinet sudah ada 2 mazhab.

Gambar Hiasan

Satu Mazhab Kesihatan dan satu lagi Mazhab Ekonomi!!!

Mazhab Kesihatan dikatakan bersetuju supaya 'total lockdown' seluruh negara dikuatkuasakan supaya keadaan Covid-19 dapat dikawal.

Manakala Mazhab Ekonomi pula tidak bersetuju supaya 'total lockdown' dikuatkuasakan.

Gambar Hiasan

Mereka inilah yang masih mahu mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan separuh masak.

Mungkin mereka ini jugalah yang lebih risaukan nasib para kapitalis dari nyawa rakyat Malaysia!!!

Alasan cliche yang selalu mereka dendangkan ialah kalau golongan kapitalis gulung tikar, rakyat akan kehilangan perkerjaan.

Tapi mereka lupa, kalau keadaan Covid-19 menjadi semakin parah di Malaysia, apakah para kapitalis yang hanya mementingkan perniagaan mereka sahaja masih akan tunggu lagi?


Apakah mereka tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu kesengsaraan dan kemarahan rakyat semakin memuncak?

Minta dilindungi Allah SWT, tapi kalau berlaku keadaan rakyat memberontak, apakah para kapitalis ini masih akan kekalkan perniagaan mereka di Malaysia?

Kalau benar Kabinet sudah berpecah 2, ada 2 soalan Makcik Kiah kepada Mahiadin :

1) Apakah Mahiadin sudah hilang kawalan ke atas barisan Kabinet beliau sendiri?

2) Bukankah sekarang ini negara berada dalam Perintah Darurat Kesihatan, jadi bukankah Majlis Keselamatan Negara mesti memberikan fokus terhadap masalah kesihatan dan bukannya perkara lain?

3) Bukankah sepanjang Perintah Darurat Kesihatan, segala urusan pentadbiran adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara dan sebagaimana Parlimen digantung, maka Kabinet juga mesti digantung?

Masalah Covid-19 di Malaysia sudah menghampiri tahap kritikal, tumpukanlah perhatian sepenuhnya kepada kawalan penularan Covid-19, kita tidak mahu dengar lagi wujud kluster kayangan vs kluster marhaen atau mazhab kesihatan vs mazhab ekonomi kerana Covid-19 tidak kenal kluster kayangan atau kluster marhaen atau mazhab ekonomi atau mazhab kesihatan!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!