Posts

Hentikan Kegiatan Penerokaan Tanah Secara Haram Untuk Membina Tempat Ibadat, Hormati Undang Undang

Image
Isu kuil yang didirikan secara haram di kaki Gunung Kanthan semakin mendapat perhatian. Makcik Kiah ada menulis mengenai isu ini dalam siaran blog Makcik Kiah pada 4 Jun 2021 yang lepas. Baca di sini: https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/06/tangani-isu-kuil-sakyamuni-di-gunung.html Pada 8 Jun 2021 pula, Makcik Kiah siarkan pula apa yang ditulis oleh blogger Depa Katalah. Baca di sini: https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/06/kalau-betul-kuil-sakyamuni-di-gunung.html Bagi Makcik Kiah, apa pun pertindihan kepentingan atau perselisihan yang berlaku, sebagai warga Malaysia, jalan penyelesaian yang terbaik adalah melalui undang-undang. Prinsip Rukun Negara kita MEWAJIBKAN setiap warganya menghormati undang-undang dan ini jelas tercatat dalam prinsip yang ketiga dan keempat dalam Rukun Negara Malaysia. Berbalik pada isu kuil haram tadi, bagi Makcik Kiah, apa pun alasan yang cuba digunakan oleh pihak pengurusan kuil untuk mempertahankan kuil yang mereka dakwa seb

Kalau Betul Kuil Sakyamuni Di Gunung Kanthan Berusia 100 Tahun, Kenapa 2014 Permit Baru Di Minta?

Image
Pihak pengurusan Malaysia Dhamma Sakyakumi Caves Monastery (MDSCM) berharap kawasan gua di Gunung Kanthan, Chemor, Perak diiktiraf sebagai tempat ibadat bagi penganut Buddha.  Baca di sini .   Wakilnya, Dr. Chiong Sai Tin berkata, pihaknya telah menghantar permohonan kepada kerajaan negeri dan berharap ia akan di pertimbangkan. Katanya, kawasan gua tersebut wujud lebih 100 tahun lalu dan menjadi tempat bermeditasi bagi ribuan penganut Buddha.  Beliau mendakwa, di dalam gua ini terdapat kuil yang menjadi tempat tinggal kepada 15 orang sami.  Tambahnya lagi, ini merupakan kali kedua MDSCM memohon kepada kerajaan negeri selepas permohonan pertama pada tahun 2014. Pertama, sekiranya MDSCM mendakwa kuil berkenaan berusia lebih 100 tahun, kenapakah hanya di dalam tahun 2014, buat pertama kali MDSCM memohon permit dari Kerajaan Negeri. Sedangkan pemilik pajakan tanah berkenaan, Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC), yang menguruskan kuari simen di Gunung Kanthan telah mendapat kelulus

Al Kesah Tutup Pintu Depan Dan Nasi Ayam Goreng Kunyit

Image
Sejak 1 Jun 2021, sampai ke hari ini sudah masuk hari ke 7, regim Mahiadin umumkan lockdown yang dikatakan total ke seluruh Malaysia. Baca di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/821845/kerajaan-umum-total-lockdown-bermula-1-jun Semua orang tahu, apa tujuan regim Mahiadin umumkan lockdown yang dikatakan total tu, tujuan utama adalah untuk melandaikan lekuk atau pun orang putih kata flatten the curve kes jangkitan baru Covid-19. Itu pun lepas dapat tekanan dari banyak pihak, terutamanya dari rakyat Malaysia sendiri yang sudah muak dengan SOP setengah masak PKPD, PKP, PKPB dan PKPPP. Mana tak muak, PKP jer dah sampai PKP 3.0, tak termasuk PKPD< PKPB dan PKPP. Tapi kes jangkitan baru Covid-19 masih lagi tak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah pada 29 Mei 2021, kes jangkitan baru Covid-19 mencatatkan angka tertinggi 9,020 kes!!! Mula-mula bila diumumkan total lockdown seluruh negara, rakyat tarik nafas lega sebab akhirnya regim Mahiadin dengar juga desakan rakya

Tangani Isu Kuil Sakyamuni Di Gunung Kanthan Dengan Bijak Supaya Tragedi Kuil Sri Maha Mariamman Tidak Berulang

Image
Pertindihan kepentingan ke atas tanah di Lot 46497 Mukim Hulu Kinta, Perak antara pihak Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC), yang menguruskan kuari simen di Gunung Kanthan dengan pihak pengurusan Malaysia Dhamma Sakyakumi Caves Monastery (MDSCM), di Gunung Kanthan, pihak yang menguruskan Kuil Sakyamuni, yang bertempat di kaki Gunung Kanthan semakin memuncak. Dari sudut perundangan, APMC mempunyai hak ke atas tanah tersebut melalui kelulusan pajakan tanah yang telah dikeluarkan Kerajaan Negeri Perak dalam Pajakan Negeri 316004 kepada pihak APMC untuk menjalankan kerja-kerja kuari dan pengeluaran simen sejak tahun 1964. Manakala pihak pengurusan MDSCM pula menuntut supaya Kuil Sakyamuni diisytiharkan sebagai tempat ibadat dengan alasan kuil tersebut telah wujud lebih dari 110 tahun yang lalu. Baca di sini: https://www.suaraperak.my/pengurusan-kuil-mohon-gua-gunung-kanthan-sebagai-tempat-ibadat-penganut-buddha/ Pihak pengurusan MDSCM juga kini sedang aktif mendapatkan perhatian

Sistem Kesihatan Malaysia Hampir Runtuh, Kasihanilah Kita Kepada Frontliners Yang Semakin Lumpuh

Image
Kes jangkitan baru Covid-19 di Malaysia sudah hampir mencatatkan angka 5 digit. Setakat ini, kes jangkitan Covid-19 tertinggi yang dilapurkan adalah pada 29 Mei 2021 dengan 9,020 kes baharu dan sebanyak 98 kes kematian untuk tempuh 24 jam. Kecuali Negeri Perlis dan Putrajaya, lain-lain negeri dalam Malaysia semuanya mencatatkan angka jangkitan kes baharu sebanyak 3 digit, malah ada yang mencatatkan 4 digit. Makcik Kiah ambil lapuran Covid-19 bertarikh 29 Mei 2021, yang dilapurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana pada hari ituangka-angka yang dilapurkan memberitahu betapa sekiranya sesuatu tindakan tegas dan tuntas tidak diambil dengan segera oleh kerajaan dan rakyat Malaysia, kita mungkin akan hilang segala-galanya yang kita sayangi di bumi tercinta ini. Malah Amir Hijaz, di dalam live Facebook beliau memberitahu, Biro Siasatan Kewartanan atau Beurau Investigative Journalism menganalisa data yang diperolehi dari Clinton Health Access Initiative (CHAI), mendapati Malaysi

Isu Pesawat Pengintip Israel, Satu Pencerobohan Atau Dengan Kebenaran?

Image
Isu pesawat pengintip Israel, Boeing 732-400 dengan nombor pendaftaran 4X-A00, milik syarikat pertahanan Kerajaan Zionis, Israel Aerospace Industries (IAI-Elta), yang melalui ruang udara Malaysia pada 20 Mei 2021, terus menjadi keresahan dan tanda tanya rakyat Malaysia. Lebih membingungkan lagi bila pihak berkuasa mengambil sikap membisu dan tidak memberikan apa-apa pencerahan mengenai isu tersebut. Pesawat itu dilaporkan tiba di utara Selat Melaka pada 20 Mei 2021, jam 6.00 am dan terbang melalui ruang udara Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan ketinggian hanya 28,975 meter dari paras laut. FlightRadar 24 melaporkan, ketika memasuki ruang udara pesisir Selat Melaka pada jam 11.30 am, pesawat tersebut tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan oleh radar sehingga ia mendarat di Pengkalan Tentera Udara Singapura di Paya Lebar pada 21 Mei 2021. Baca di sini: https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/facebook-atm-tudm-diserang-warganet/ Isu ini tidak boleh dianggap remeh oleh Kerajaan Malaysia

Benarkah Wujud Mazhab Kesihatan Dan Mazhab Ekonomi Dalam Kabinet Mahiadin?

Image
Kalau dalam perang, ketumbukan yang dilengkapi peralatan yang cukup dan canggih, belum lagi dapat menjamin kemenangan. Persefahaman serta displin yang mantap dalam pasukan adalah antara faktor yang penting untuk menewaskan musuh dan persefahaman dan displin yang mantap dalam pasukan adalah sangat-sangat bergantung pada teraju utama atau jeneral yang bertanggungjawab membuat keputusan terhadap strategi peperangan. Karisma serta kredibiliti jeneral bukan sahaja akan diukur oleh anak buahnya melalui hierarki jawatan tetapi juga melalui ketegasan dan kebijaksanaan beliau sebagai pemimpin. Pemimpin yang bijak, tegas, berkarisma dan berkredibiliti pasti akan dihormati oleh anak buah pimpinan beliau. Bagi Makcik Kiah, regim Mahiadin, sama ada dalam Kerajaan Perikatan Nasional atau dalam Majlis Keselamatan Negara telah diberikan segala-galanya untuk memerangi wabak pandemik Covid-19. Di peringkat awal mengambil alih kepimpinan, mereka mempunyai kemudahan fasiliti perubatan sedia ada yang mencu