Posts

Showing posts from June, 2024

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Image
  Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB Free Malaysia Today melaporkan penduduk sebuah kondominium berstatus strata di Mont Kiara, Kuala Lumpur, membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) kediaman itu. Wakil penduduk, Dzulhilman Sulaiman, mendakwa pengurusan JMB yang baru dilantik 18 bulan lalu dipercayai menganugerahkan kontrak penyelenggaraan bernilai RM3.3 juta tanpa proses tender yang betul. Beliau mendakwa ianya diberikan kepada syarikat tidak bertauliah dan tidak pernah diaudit sejak 2013. Penduduk yang membabitkan 200 unit terpaksa membayar antara RM800 hingga RM2,000 yuran penyelenggaraan bulanan yang dikira mengikut keluasan kediaman. Menurut Dzulhilman, p erkara menimbulkan persoalan  adalah berkaitan kontrak penyelenggaraan bangunan. Ia mempunyai sebut harga yang lebih tinggi walaupun hakikatnya nilai kontrak jauh lebih rendah. Dan syarikat berkenaan dipercayai mempunyai kaitan deng