Anak Cucu Si Kitol Dalam UMNO Sudah Di Ketahui, UMNO Mesti Bertindak Tegas
Dalam sejarah tamadun manusia, watak pengkhianat akan sentiasa wujud untuk dicatatkan dalam sejarah, kerana sejarah itu sendiri adalah peristiwa yang berulang-ulang di atas pentas yang berbeza. Dalam sejarah bangsa Melayu, watak Si Kitol dan Raja Keling Mandeliar adalah watak pengkhianat yang telah berjaya menghancurkan Empayer Melaka dan membuka pintu penjajahan ke atas Tanah Melayu hingga beratus tahun. Sewaktu serang balas bersepadu besar-besaran bangsa Melayu, armada yang dipimpin oleh Almarhum Raja Haji Fisabilillah telah tewas dan turut mengorbankan beliau angkara dari watak Si Kitol yang wujud ketika itu. Pendedahan mengenai wujudnya Si Kitol dalam armada Almarhum Raja Haji Fisabilillah telah beliau bongkarkan dalam surat amanat beliau yang terakhir. Baca di sini: http://www.sendenghajihamid.com/2014/06/wasiat-raja-haji-fisabilillah.html Kini di abad ke 21, watak dan wajah Si Kitol pengkhianat muncul kembali. Tahun 1946, parti UMNO ditubuhkan bukan setakat untuk membela bangsa M...