PRU 15 Di Jangka Disember 2021, PPBM Sudah Memuktamadkan Strategi Serangan Kepada UMNO, Apakah Kita Masih Mahu Serang Presiden UMNO?
Ramai pemimpin dan akar umbi UMNO tersenyum lebar bila SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu bertitah supaya Parlimen dibuka semula. Apa lagi dengan jelas dalam kenyataan media yang sama, tertulis titah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu bahawa baginda semua mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan majoriti rakyat. Memang benar kita semua boleh menjangkakan, itulah penamat riwayat PPBM. Tapi seperti yang Makcik Kiah jangkakan, pemimpin PPBM tidak akan hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri. Mereka pasti sudah menyediakan plan kedua sebagai talian hayat untuk menghadapi kemungkinan terburuk yang mungkin sudah mereka jangkakan. Ingat, walau pun mereka gagal mentadbirkan negara dengan baik, jangan kita lupa bahawa ahli politik PPBM adalah ahli politik yang licik. Semua agensi sosiopolitik dikatakan sudah berada di bawah kawalan PPBM. Setiap laporan dan risikan serta execution plan telah lengkap. Kerana kelicikan mereka, di era Pakatan Harapan, mereka berjaya menjadi Perd...