Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah
Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah Demi untuk memenuhi cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaacob, sanggup membelakangkan parti UMNO. Di awal perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri, tanpa restu dari UMNO, Ismail Sabri menandatangani MoU bersama PH. MoU yang ditandatangani itu diibaratkan oleh Presiden UMNO, DS Zahid, ibarat mengajak musuh untuk tidur bersama. Baca di sini: https://malaysiadateline.com/ph-tandatangan-mou-ada-muslihat-mahu-hancurkan-umno-bn-kata-zahid/ Apa yang dikatakan oleh DS Zahid sudah nampak jelas kebenarannya. MoU tersebut langsung tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada Ismail Sabri dan UMNO. Ia hanya mengikat Ismail Sabri dari membubarkan parlimen dengan alasan terikat dengan MoU. Tetapi pihak PH bebas mengaibkan kerajaan apabila kali pertama dalam sejarah, usul yang dibawa oleh kerajaan ditolak di parlimen. Kini terbongkar pula surat perjanjian yang ditandatangani oleh Ismail Sabri dengan Muhyiddin sebelum dilantik s