Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Tular di media sosial mengenai skandal calon PAS di N29 Dewan Undangan Negeri Kemasik, Terengganu, Saiful Azmi Suhaili. Dari rakaman audio yang didakwa dirakam oleh bekas isteri-isteri beliau, apa yang dapat difahami, Saiful didakwa memiliki lebih dari seorang isteri. Tetapi apa yang memeranjatkan ialah dakwaan isteri-isteri Saiful bahawa beliau adalah seorang yang tidak bertanggungjawab. Malah, audio yang mendakwa salah seorang dari isteri-isteri Saiful mendedahkan bagaimana beliau ditinggalkan begitu sahaja bila Saiful merasakan beliau tidak diperlukan lagi. Juga turut didedahkan Saiful didakwa mempunyai seorang lagi isteri yang beliau nikahi tanpa pengetahuan isteri-isteri yang lain!!! Sekiranya benar dakwaan isteri-isteri Saiful, penulis tidak pasti bagaimana Saiful boleh bernikah satu lagi tanpa pengetahuan isteri-isteri yang lain. Sekiranya mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam, tidak siapa boleh berpoligami tanpa mendapat persetujuan mahkamah. Mahkamah aka...